Social Icons

Friday, March 20, 2009

Kawan? Kroni?

Nasihat untuk diri sendiri dan kawan-kawan..

Berkawan biar beribu, berkasih biar satu.
Kenali siapa kita dengan melihat siapa kawan-kawan kita.

Kawan umpama cermin, yang menunjukkan kekurangan kita bagi memudahkan kita membaiki kekurangan kita.
Kawan perlu membantu kawannya agar menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya.

Kita perlu bijak menjadi cermin kepada kawan-kawan kita.
Kawan-kawan pula, janganlah biarkan kita berterusan dengan kekurangan kita.
Bantulah kita dengan berperanan sebagai cermin yang baik.

Paling penting, jangan menjadi kawan yang merosakkan kawan kita.
Apatah lagi jika asalnya kawan kita yang baik, kita pula menjadi cermin menjadikannya bukan semakin baik,
tapi semakin buruk. Apa punya cermin tu?...

Besarkan dan lihat gambar di bawah. Apa pandangan anda?

2 comments:

  1. Salam sahabat:
    Aku pernah dengar atau mungkin aku pernah katakan ( aku tidak pasti yang mana satu ) kadang kala saudara itu racun dan sahabat itu penawar! Fikirlah dengan mendalam!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah jika sahabat menjadi penawar... Nauzubillah mendapat saudara-saudara yang menjadi racun dalam diri kita.

    Tapi bukan sesuatu yang pelik di zaman moden ini, bukan sahaja kita dikelilingi makanan, minuman dan pelbagai benda beracun, tentu tambah malang jika dikelilingi sanak saudara dan rakanrakan yang juga menjadi racun yang memakan dan merosakkan diri kita. Pohon dijauhkan.

    ReplyDelete