Monday, March 30, 2009
Sampai 15 calon!. Apa maknanya tu???
Pertama kali dalam sejarah pilihan raya di Malaysia.
Senarai Calon:
01. R. Loganathan (Bebas) - logo kelapa sawit
02. Tan Hock Huat (Bebas) - kunci
03. Radzi Md. Lazim - Bebas - kerusi
04. S. Manikumar (PKR) - logo PKR
05. Mohd. Fadzil Abdul Wahab (Bebas) - kepala harimau
06. Abdul Rahim Abu - (Bebas) - jam loceng
07. L. Sarala (Bebas) - basikal
08. Datuk S. Ganesan (BN) - dacing
09. A. Jayagopal (Bebas) - payung
10. S. Moganakumar (Bebas) - buku
11 . Khamis Awang (Bebas) - ayam jantan
12. Husaini Yaacob - (Bebas) - bas
13. M. Vanesan - (Bebas) ikan
14. Mejar (B) Anuar Abd. Hamid (Bebas) - telefon
15. T. Chandrarajan - (Bebas) kapal terbang
Apa maknanya???
01. Tidak percaya lagi kepada sistem parti?
02. Protes kepada calon pilihan parti?
03. Protes kepada situasi politik semasa?
04. Menonjolkan kredibiliti diri lebih berpeluang baik daripada kredibiliti kedua-dua parti bertanding?
05. Mengejar populariti?
06. kerana tawaran yang menang akan dipilih menjadi Exco Kerajaan Negeri?
07. Mengambil kesempatan?
08. Diambil kesempatan? - (diperalatkan?)
Apa-apapun puncanya, apa-apa pun maknanya, apa-apa pun isyaratnya... Moga ini yang pertama dan terakhir dalam sejarah pilihanraya di Malaysia. Keadaan sebegini bukan sesuatu yang baik untuk budaya politik Malaysia, negara dan rakyatnya.
Kepada para pengundi, sampaikan isyarat / makna daripada anda. Moga anda semua bukan hanya penting kepada para YB dan calon-calon YB di musim pilihanraya semata.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ya sahabat:
ReplyDeleteIni bermakna rakyat sudah faham tentang demokrasi dan bukan hanya hak sebagai pengundi. Jika sahabat lihat peratus calon dr kaum India. Amacam, balik ngundi ke?
Setuju tu..Demokrasi dan kebebasan menyuarakan sesuatu lebih terbuka skrg ni.
ReplyDeleteTak balik ngundi bro. Dulu memang pengundi kaw. BS. Tp dah tukar ke kaw. PS.