Jenis-jenis manusia berkaitan dengan sifat marah :
* Golongan Pertama: Tafrith
Iaitu mereka yang langsung tidak memiliki sifat marah. Apa jua yang berlaku disekelilingnya maka dia langsung tidak menunjukkan perasaan marah. Manusia jenis ini sama sekali tidak memiliki sikap pembelaan terhadap kebenaran. Dia tidak terasa tersinggung apabila agamanya diinjak-injak oleh musuh-musuh Islam. Golongan jenis ini juga apabila terjadi perlanggaran terhadap kehormatan diri mahupun ahli keluarganya maka dia akan menghadapinya dengan sikap yang penuh kebaculan dan terlalu merendah diri.
* Golongan kedua: Ifrath
Iaitu mereka yang tidak dapat mengawal perasaan marah lalu bersikap berlebih-lebihan sehingga hilang pengawalan akal yang waras terhadap dirinya. Golongan seperti ini akan berteriak dengan suara yang kuat serta mengeluarkan kata-kata kasar lagi kesat. Ada kalanya sehingga menyebabkan terjadinya pukul-memukul ataupun amukan yang dahsyat sehingga terjadi pertumpahan darah. Marah yang tidak dapat dikawal juga dapat membentuk perasaan dendam, benci dan dengki sehingga mendorongnya untuk melakukan pembalasan terhadap orang yang dimarahinya.
* Golongan ketiga: I'tidal
Iaitu golongan yang bersikap sederhana di antara tafrith dan ifrath. Mereka tidak menghilangkan sikap marah secara total tetapi hanya akan marah dalam situasi yang bersesuaian. Akal juga masih menguasai dirinya dan mereka sentiasa mengikuti batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.
Di antara cara mengawal perasaan marah adalah :
- Mengucapkan Ta'awudz (A'udzu billahi minasy syaithoonir rajeem - Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk). Ini adalah kerana perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan.
- Diam atau tidak berbicara.
- Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring.
- Mandi atau Berwuduk. Air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah
- Bertenang – tarik nafas dalam-dalam dan membuat kiraan hingga 10. Mengelakkan anda mengambil tindakan terburu-buru.
- membayangkan suasana yang menenangkan
- Jadilah seorang pendengar yang baik - terutamanya pada perkara-perkara yang boleh menyebabkan kemarahan. Jika anda dikritik, jangan melawan. Banyakkan mendengar dari pihak tersebut. Kekalkan ketenangan dalam diri.
- Luangkan masa untuk melakukan perkara-perkara yang anda suka seperti bercuti dan sebagainya untuk memperbaharui mood anda.
- Bijak mencari alternatif. Sebagai contoh, jika kesesakan jalan raya sering menyebabkan anda marah, gunakan pengangkutan lain sepenti komuter, LRT dan sebagainya untuk ke pejabat.
- Cuba pertimbangkan keadaan yang menyakiti hati itu daripada semua sudut pandangan, bukan saja daripada diri anda, malahan dari sudut orang yang menimbulkan kemarahan anda.
- Ambil tindakan positif untuk memperbaiki keadaan itu selepas anda sudah berada dalam keadaan fikiran lebih terkawal.
- Keletihan membuatkan anda lebih cepat marah dan mudah menjadi marah. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan makan makanan berkhasiat.
- Wujudkan satu program senaman yang tetap untuk melepaskan ketegangan dan sifat agresif masih ada secara fizikal.
- Jangan melihat sesuatu keadaan dengan terlalu serius. Cuba cari sesuatu yang melucukan kerana ketawa boleh melenyapkan kemarahan dengan cepat.
- Banyakkan berzikir, bertasbih dan bertahmid.
- Banyakkan bersabar kerana sabar itu separuh daripada IMAN.
- Banyakkan makan sayur, daging putih (ayam, ikan , daging arnab dsb) dan sup.
- Kurangkan memakan garam, cili, daging merah (daging lembu, daging rusa, unta dsb), halia, rempah kari / sambal dan bawang dalam masakan.
- Jangan tinggal Solat lima waktu, banyakkan solat-solat sunat dan solat hajat.
- Selalu menghadiri kelas agama dan berdamping dengan mereka yang selalu ke masjid.
- Selalu berbincang seseorang yang anda percaya untuk meluahkan masalah anda. Masalah memerlukan penyelesaian, bukannya dipendam di dalam diri.
- Marahlah dengan cara yang wajar dan terkawal tanpa diikuti dengan kekerasan atau kata-kata kesat. Tapi usah memendamnya kerana kemarahan yang tidak diluahkan akan memberi kesan negatif terhadap seorang individu itu.
No comments:
Post a Comment