Dapat mendengar tazkirah Jumaat pagi tadi.
Mari bersama kita hayati:
Mengapa Hati Mati?
a) Mengaku mengenal Allah tetapi tidak menunaikan haknya.
b) Mengaku cintai Rasulullah tetapi tidak mengikut sunnahnya.
c) Membaca Al-Quran tetapi tidak mengamalkannya.
d) Menggunakan nikmat Allah tetapi tidak bersyukur kepada Nya.
e) Mengaku bahawa syaitan adalah musuh tetapi tidak berjuang menentangnya.
f) Mengaku nikmat syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
g) Mengaku siksa neraka tetapi tidak bersedia menghadapinya.
h) Mengaku wujudnya mati tetapi tidak bersedia ke arahnya.
i) Sibuk membuka keaiban orang lain tetapi lupa keaiban diri sendiri.
j) Menziarahi atau menghantar jenazah tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.
Sesungguhnya, masih banyak yang perlu kita lakukan dalam hidup yang dipinjamkan Allah ini...
Sumber foto: http://antaradua.files.wordpress.com/2009/01/anatomi_hati.jpg
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment