Social Icons

Saturday, October 11, 2008

Datuk Shah Rukh Khan


Baru semalam berbual dengan seorang rakan (Prof. Madya... ) di Restoran Nasi Kandar Subaidah, MITC. Dia ada maklumkan Melaka akan beri gelaran Datuk kepada SRK. Aku senyum je... ingatkan dia bergurau je... Pagi ni dengar radio pasal ni.. pastu dalam akhbar pun ada... Sah bukan gurauan lagi...Mungkin ramai lagi macam aku yang ingatkan ni cerita lawak je... So, untuk puas hati, aku cuba cari sebab kenapa dalam ramai-ramai rakyat Melaka, gelaran ini diberikan kepada SRK?. So, berdasarkan Berita Harian adalah seperti berikut:
------------------------------------------------------------------------------------------

Shah Rukh Khan terima darjah Melaka bawa gelaran Datuk

Oleh Amirullah Andi Nur

MELAKA: Artis Bollywood, Shah Rukh Khan, menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, hari ini.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Saadon Basirun, berkata penganugerahan itu sebagai menghargai sumbangan Shah Rukh Khan terhadap perkembangan pesat industri filem Hindustan di rantau ini, termasuk Malaysia.

"Bagaimanapun tarikh majlis penyampaian anugerah itu belum ditentukan lagi," katanya pada sidang media di Seri Negeri, Ayer Keroh dekat sini, semalam.

Selain Shah Rukh Khan, tiga artis veteran tanah air pula menerima Darjah Seri Melaka (DSM). Mereka ialah Goh Eng Boon atau lebih dikenali Henry Goh; Jantan Osman atau lebih popular dengan panggilan Ali Mamak dan penyanyi keroncong, Mariam Ahmad. Saadon turut mengesahkan tiada pemimpin dan ahli Umno disenaraikan untuk menerima anugerah tahun ini kerana Kod Etika Pemilihan Umno tidak membenarkan anggota parti itu dianugerahkan darjah dan pingat kebesaran negeri.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Tahniah lah kepada SRK. Sebab SRK diberi gelaran adalah kerana menghargai sumbangan Shah Rukh Khan terhadap perkembangan pesat industri filem Hindustan di rantau ini, termasuk Malaysia. Rasanya lepas ni akan ramai lagi artis-artis luar negara akan terima gelaran Datuk. Kalau kira sumbangan perkembangan industri hiburan terhadap kawasan rantau ni, makanya ramai artis luar yang hebat akan masuk list untuk gelaran tu. di masa hadapan.. dari Indonesia, Thailand, Korea, Jepun, USA , India dan lain-lain lagi... Itu jika berdasarkan sebab tersurat.

Dari sudut positifnya, tentu ada sebab tersirat yang menyebabkan penganugerahan ini. Mungkin sebagai promosi pelancongan, mungkin juga sebab minat, mungkin atas pelbagai sebab lagi... Hanya KM Melaka dan Kerajaan Negeri Melaka mengetahui sebab tersiratnya.

Moga Melaka terus maju.

Tabik korang kerana ingatkan aku yang jauh ini..


Hei!, berhati-hati dengan apa yang anda fikirkan..

Jika anda tidak pasti atau tidak tahu, lebih baik diam.


GOOD LUCK TO ALL!!! TAHNIAH KEPADA SEMUA PENERIMA DARJAH KEBESARAN. MOGA TERUS MEMBERIKAN SUMBANGAN POSITIF KEPADA NEGERI DAN NEGARA.

2 comments:

  1. I promote your link here:

    http://atotalblog.wordpress.com/2008/10/12/da-datuk-shah-rukh-khan-links/

    ReplyDelete