Social Icons

Saturday, April 25, 2009

PWEOR OF THE HMUAN MNID

THE PAOMNNEHAL PWEOR OF THE HMUAN MNID

Aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it deosn't mttaer in waht oredr the ltteers in a wrod are, the olny iprmoatnt tihng is taht the frist and lsat ltteer be in the rghit pclae.

The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it wouthit porbelm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as
a wlohe. Amzanig huh?

sumber: http://stranges-world.blogspot.com/2009/02/very-interesting-human-mind.html

Amazing Places!

Daripada email...





















Tuesday, April 7, 2009

WUDHUK ZAHIR DAN BATIN

Dipetik daripada email yang dikirimkan:

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air".

Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan":

1. aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ' Siratal
mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. Untuk munafaat kita bersama, Tolonglah sampaikan info daripada email ini kepada sahabat-sahabat.

Monday, April 6, 2009

Write Arabic without Arabic Keyboard



Cubalah!. Lawati laman web: Yamli.Com

Wednesday, April 1, 2009

Penyakit Hati



Mari kita berusaha dan memohon dijauhi penyakit hati.
Antara tanda-tanda penyakit hati adalah:

01. Benci membenci
02. Gembira atas kesusahan orang lain
03. Dukacita atas kejayaan orang lain
04. Mengharapkan keburukan terhadap orang lain
05. Tidak suka memohon maaf dan memaafkan
06. Hasad dengki
07. Dendam
08. Bakhil atau kedekut
09. Buruk sangka terhadap orang lain
10. Tidak bertolak ansur
11. Tidak bertimbang rasa
12. Berat Tulang dan tidak suka menolong
13. Tamak
14. Degil dan keras hati
15. Mementingkan diri sendiri
16. Sombong
17. Tidak sabar
18. Memandang hina kepada orang lain
19. Riak
20. Bangga Diri
21. Rasa diri bersih dan suci.

Sumber Foto: http://www.thehealthylonglifeblog.com/wp-content/uploads/2008/09/liver-detox.jpg