Social Icons

Wednesday, March 18, 2009

Jom Banteras Rasuah!!!



Jom banteras Rasuah!!!

Cakap memang mudah... nak buat tu yang susah.

Tapi usaha-usaha secara berterusan untuk mencantas, menangkis dan membunuh unsur-unsur rasuah adalah usaha terpuji yang patut digembleng oleh semua pihak.

Apa yang penting, tindakan membanteras patut tidak memilih sesiapa atau mengambil kira sesiapa. Jangan hanya orang-orang tertentu atau kumpulan-kumpulan tertentu sahaja yang diambil tindakan. Manakala sebahagian yang lain dibiarkan. Bukankah itu juga rasuah namanya?.


Ini pesanan untuk diri saya sendiri dan sahabat-sahabat semua.

Kalau kita tidak menjadi penerima rasuah, jangan pula menjadi pemberi rasuah. Kita jangan melihat rasuah dalam konteks yang besar seperti rasuah politik, rasuah mendapatkan kontrak pusat, rasuah mendapatkan jawatan dan sebagainya yang melibatkan kos hingga jutaan ringgit.... Rasuah juga bukan hanya dalam bentuk wang ringgit semata. Jika kita sentiasa melihat rasuah dalam konteks sedemikian, maka kita tentu rasa kita ni bebas rasuah.


Mari kita lihat definisi rasuah dalam konteks yang lebih luas.

Definisi mengikut SPRM: (sumber: sprm.gov.my)

a) wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;

b) apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;

c) apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;

d) apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;

e) apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;

f) apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan

g) apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f) yang terdahulu.


Kesalahan Rasuah:

Meminta/Menerima Rasuah.
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

Menawar/Memberi Rasuah.
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

Membuat Tuntutan Palsu.
Mana-mana orang memberi kepada ejen , atau ejen memberi kepada prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal / majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya.

Menyalahguna Jawatan/Kedudukan.
Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutu- nya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.


Terdapat 2 artikel rasuah yang amat baik untuk kita baca dan hayati bersama:

Ancaman Rasuah dan Cabaran Menanganinya : Oleh Mohamad Yusoff Akobe - Artikel yang sangat baik dan jelas. Bacalah sehingga ke penghujungnya.


Rasuah: Jalan Kehancuran Masyarakat Dan Negara
: Oleh Mohd Dzul Khairi Mohd Nor - Menarik untuk mengetahui maksud Korupsi dari segi bahasa asalnya iaitu bahasa Latin. Bacalah juga sehingga tamat. Artikel yang lebih ringkas tapi padat.

2 comments:

  1. Ya sahabat:
    Sebenarnya antara kerja licik dan hina tertua manusia di samping pelacuran adalah rasuah. Seperti yang disenaraikan, rasuah muncul dalam pelbagai bentuk dan rupa ( spesis syaitan/blis )dan sudah pasti perlu ada tindakan dan jika sudah menjadi penyakit dan wabak, perlu ada ubat dan kuarantin. Entahlah, mungkin suatu hari nanti manusia juga akan cuba merasuah Tuhan!

    ReplyDelete
  2. mmg elok banteras rasuah ni tapi yg sakitnye hati ni bile sprm pilih bulu apabila menangani isu2 rasuah....cube kite perhatikan kalau org2 pakatan rakyat yg dituduh rasuah mesti laju je sprm ni nk siasat...pas tu cpt je dpt bukti kukuh ditambah lagi digembur2kn si polan tu salah dlm tv 1 dgn tv 3 suku dan utusan meloya....perhatikan plak kalau org2 umno disabit rasuah....ap sprm buat????....x cukup bukti....x cukup bukti...ayat yg lapok...xnk plak digembur2kn dlm tv1,tv3 suku dgn utusan meloya.....nmpk sgt sprm mmg x berintegriti dlm menangani isu rasuah dan hanya menjadi kuda tunggangan umno!!!!......chitttt!!!....apa punya turrrrr!!!!!!

    ReplyDelete