Social Icons

Sunday, November 23, 2008

Jangan Sukarkan Yang Halal & Mudahkan Yang Haram

Buat renungan dan tindakan kita semua:

Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah apabila dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal. Sedangkan Islam menyuruh kita membentuk suasana atau iklim kehidupan yang menyukarkan yang haram dan memudah yang halal. Itulah tanggungjawab pemerintah dan umat iaitu menegak yang makruf dan mencegah yang munkar.

Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke arah tersebut. Sementara mencegah yang munkar adalah dengan cara menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun, jika masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita begitu menjauhi ruh syariat islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah s.w.t.

Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin (Mufti Kerajaan Negeri Perlis)

Sumber: http://drmaza.com/home/?p=501              27/11/2008 11:55am

No comments:

Post a Comment