-------------------------------------------------------------------------------
http://www.malaysiakini.com/news/92467
Ku Li tewas akibat gagal sogok wang? Muda Mohd Noor, Nov 5, 08 10:45am |
Tengku Razaleigh Hamzah gagal mendapat cukup pencalonan untuk jawatan presiden Umno kerana enggan menyogok wang kepada para perwakilan, dakwa seorang pembantu bekas menteri kewangan itu. Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz mendakwa, wakil lebih 50 bahagian Umno yang hendak mengadakan mesyuarat perwakilan, datang menemuinya (Kamal) untuk meminta sogokan sebelum mesyuarat dijalankan. 'Undi angkat tangan' Kamal Amir berkata, 67 bahagian mencalonkan Tengku Razaleigh untuk jawatan presiden Umno. Daripada jumlah tersebut, katanya, 66 daripada bahagian tersebut menjalankan pengundian secara terbuka melalui kaedah angkat tangan. "Bahagian-bahagian tersebut termasuk di Kelantan. Hanya mesyuarat bahagian Muar (yang turut mencalon Ku Li) Ahad lalu, dijalankan secara undi sulit. "Jika mesyuarat dibuat secara undi sulit, saya yakin keadaan pencalonan untuk Tengku (Razaleigh) boleh berubah," katanya. Kamal Amir berkata, kebanyakan mesyuarat bahagian tidak membincangkan usul, sebaliknya perwakilan meninggalkan mesyuarat selepas selesai mengundi. Ini, katanya, seolah-olah perwakilan hanya mahu mengundi dan tidak berminat untuk membahaskan usul seperti dalam mesyuarat perwakilan sebelumnya. |
-----------------------------------------------------------------------------
Jelas berdasarkan petikan berkenaan, didedahkan sekurang-kurangnya tiga budaya negatif dalam UMNO.
01. Budaya Sogokan
02. Budaya Takut Menyatakan Pendirian (hanya berani dalam keadaan sulit / tersembunyi)
03. Budaya Ambil Mudah / Sambil Lewa
Selain didedahkan melalui berita di atas, beberapa lagi budaya negatif yang perlu diberi perhatian untuk diperbetulkan jika UMNO mahu terus relevan:
04. Budaya Mengampu (Sentiasa memuji walaupun Big Boss melakukan kesalahan / kesilapan)
05. Budaya Mengutamakan Kepentingan Diri (Tidak berani menegur kesalahan / kesilapan Big Boss takut kehilangan kuasa / pangkat / kesenangan / kemudahan)
06. Budaya Meminta Balasan / Komisen
07. Budaya Enggan Berundur (enggan memberi laluan kepada orang lain walaupun sudah tidak relevan lagi kecuali bila benar-benar terpaksa)
08. Budaya Pijak Memijak Untuk Naik Ke Atas.
Hebat dan mendalam ertinya pos ini...
ReplyDeleteKalau macam tu punya cerita, aku rasa undi calon ketua kelas kat sekolah lebih telus...pergh!
ReplyDelete