Social Icons

Saturday, November 15, 2008

Anti Virus Palsu

Pernahkah ketika anda sedang melayari internet, tiba-tiba muncul satu 'pop up screen' yang menyatakan komputer anda diserang spyware atau virus atau muncul 'pop up screen' menawarkan proses pengimbasan virus atau spyware secara percuma. Anda kemudiannya dimaklumkan komputer dijangkiti virus atau spyware. Untuk menghapuskannya, anda perlu mengklik untuk proses selanjutnya.. dan akhirnya kepada cadangan anda membayar untuk mendapatkan perisian berkenaan.

Itu adalah satu contoh anti virus palsu. Dalam kebanyakan kes, tidak wujud pun virus atau spyware seperti yang didakwa oleh mesej berkenaan. Apa yang dikehendaki mereka ialah anda mengklik pada pop up mesej berkenaan dan dengan berbuat demikian, anda mungkin telah membenarkan proses yang tidak baik berlaku terhadap komputer anda. Komputer anda mungkin sedang diintip (spyware). Maklumat peribadi dan kewangan anda mungkin sedang disalin(maklumat ini boleh dijual pada pihak ketiga) atau mungkin virus telah disebarkan ke sistem komputer anda. Kadangkala ia menyebabkan sistem komputer menjadi lembab dan lebih teruk sistem menjadi 'hang'.

Perisian virus palsu biasanya dilaksanakan oleh Trojan (sejenis program yang mengambil alih kawalan ke atas komputer anda). Kadangkala attachment pada email mengandungi Trojan ini.

Kesan seterusnya ialah anda akan didatangi pop up mesej sedemikian berulangkali walaupun tidak lagi online. Symptom-symptom lain seperti icon pada desktop atau wallpaper yang baru atau homepage web browser anda dihalakan ke page tertentu.


Cadangan Mengatasi:

1. Gunakan Mozilla Firefox berbanding menggunakan Internet Explorer. Internet Explorer sentiasa menjadi sasaran hacker. Pilihan lain ialah Google Chrome dan Flock.

2. Pastikan anda mempunyai perisian anti virus yang boleh dipercayai dan sentiasa dikemaskini. Sila gunakan firewall yang baik.

3. Jangan sesekali membuka attachment email anda kecuali anda tahu sumbernya dari sumber yang boleh dipercayai.

4. Jangan klik sebarang pop up mesej. Jangan klik pada butang X merahnya. Ia bukan butang close sebenar. Ia hanya imej yang mempunyai link ke laman atau perlaksanaan program tertentu. Guna kekunci Ctrl + F4 untuk menutupnya.

5. Berhati-hati dengan pop up mesej anti virus, walaupun ia menggunakan jenama dikenali seperti Grisoft AVG, Norton, McAfee dan sebagainya, kerana ia mungkin bukan daripada pengeluar yang sebenar.

6. Jangan download sebarang freeware atau shareware kecuali daripada sumber yang telah dikenali. gunakan laman web yang dipercayai seperti download.com, versiontracker.com dan lain-lain lagi. Kebiasaannya, perisian freeware dan shareware datang bersama spyware, adware dan perisian anti virus palsu.

7. Jauhi laman web yang meragukan. Seetengah laman web akan tersu memuat turun perisian ke komputer anda apabila anda memasukinya.

8. Tetapkan setting security web browser anda pada tahap lebih tinggi.


9. Semak senarai perisian meragukan / palsu dilaman web berikut:

http://spywarewarrior.com/rogue_anti-spyware.htm

Jika komputer anda telah diserang, berhenti menggunakannya, dapatkan bantuan daripada pihak teknikal yang berkenaan. Terus menggunakannya akan boleh menyebabkan kesan kerosakan yang lebih besar.

Semoga maklumat ini berguna kepada anda semua.



2 comments:

  1. Bertambah cantik dan menarik blog ini.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih.

    Kehadiran tuan menambahkan semangat untuk menjadikan blog ini lebih bermanfaat dan menarik untuk semua.

    Sebarang cadangan / kritikan adalah dialu-alukan.

    ReplyDelete