Social Icons

Monday, October 13, 2008

Bila Pencen, Bukan Pencen segalanya...

Dua hari lepas ke rumah datuk saudara (Mantan Pengarah Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia) di Muar, Johor. Selain berjalan raya, juga bertujuan nak ambil Ayam Turkey untuk buat masak rendang. Semalam hari Minggu, dapat buat sedikit jamuan raya untuk rakan-rakan dan saudara.

Kalau dilihat kepada usaha-usaha yang dilakukan oleh beliau, jelas bahawa pencen, bukan penamat kerjaya kita (walaupun ramai berpandangan sedemikian). Bukan juga seperti pandangan kebanyakan orang, pencen hanyalah masa untuk habiskan sisa hidup di masjid dan surau sahaja.

Beliau telah usahakan penternakan beberapa jenis itik, ayam, burung, ikan dan lintah. Semuanya selain membolehkan beliau mengeluarkan peluh, juga mendatangkan pendapatan yang agak lumayan. Ayam Turkey je misalnya, dalam pasaran berharga lebih RM30 sekilo. Seekor ayam turkey yang berumur dalam lingkungan tujuh bulan hingga hampir setahun, beratnya sekitar 6 kilo. Itu dah hampir RM200.

Lintah pula khabarnya RM200 sekilo. Digunakan untuk tujuan penghasilan produk kosmetik. Kalau dijual di Singapura, boleh mencecah sehingga RM600 sekilo.

Telor itik angsa pula khabarnya digunakan untuk tujuan perubatan.

Sedang berehat


Persidangan Bahagian


Sedang berbincang halatuju pemuda


Perwakilan sedang berehat


Perbincangan ahli MT


Berlenggang pulang. Dah tamat persidangan.


Ang!.. Ang!.. Ang! gituler bunyi Angsa


Patut suaranya kuat, telor pun besar... (telor itik angsa)


Spesel ni... Ayam Turki


Kolam Ikan. Pelbagai ikan ada.


Kolam Penternakan Lintah


Kolam Penternakan Lintah


Burung Merpati pun ada..



Macam-macam ada!

No comments:

Post a Comment