Social Icons

Saturday, October 25, 2008

STEREOGRAM

Gambar stereogram tidak nampak oleh pandangan biasa. Ia memerlukan satu teknik pandangan atau tenungan yang dalam ke atas gambar tersebut untuk melihat kandungan gambar yang sebenarnya. Inilah istimewanya gambar-gambar stereogram.


Apa yang anda lihat pada gambar di atas. Pada pandangan biasa, kita melihatnya sebagai gambar dua buah bulatan hitam. Itu pandangan biasa. Bagaimana jika ingin melihatnya sebagai sebuah stereogram. Begini, pernahkan anda merenung sesuatu, tetapi sebenarnya bukan objek tersebut yang anda renungkan, sebaliknya anda sedang termenung jauh memikirkan sesuatu. Bagaimanakah pandangan mata anda ke atas objek tersebut pada ketika itu?. bolehkah anda melakukan sedemikian ketika merenung gambar dua objek bulatan ini. cubalah!.

Jika anda berjaya melakukannya, anda akan mula melihat kedua bulatan tersebut seakan bergerak ke arah satu sama lain. Seakan akan bercantum. Kemudiannya anda akan melihat akan terdapat tiga bulatan hitam. Jika itu yang anda lihat, kini anda sedang dalam pandangan melihat gambar stereogram.

Cuba lihat gambar-gambar stereogram berikutnya. Untuk melihat dengan lebih jelas dan mudah, sila klik di atas gambar sebelum melihatnya. anda akan melihat gambar yang lebih besar. Cubalah!


Anda sepatutnya melihat perkataan 6 SIGMA dalam bentuk 3D.


Untuk gambar di atas, anda sepatutnya dapat melihat rama-rama besar dalam bentuk 3 dimensi.


di atas pula boleh lihat gambar gelung daun berbentuk infiniti (3 Dimensi).


Ini pula gambar gunting dan teks CUT THROUGH THE CLUTTER.


Yang di atas ini pula, perkataan MOST DON'T DRINK.


sepatutnya anda nampak logo dan perkataan newLISP.


Gambar 3 Crown besar, sebaris crown kecil berwarna hijau di bahagian atas dan sebarisan crown berwarna ungu di bahagian bawah.

Dua ekor burung sedang bersantai.

Nikmatilah keindahan gambar-gambar stereogram.









3 comments:

  1. Tak nampak pun. Nak kena pakai kanta pembesar ni, hehe.

    ReplyDelete
  2. kena betul cara lihatnya...

    cuba dgn 2 bulatan hitam tu..

    ReplyDelete