Social Icons

Monday, September 1, 2008

SMS sempena ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubarak

Ini adalah antara SMS-SMS yang diterima sempena ketibaan bulan Ramadhan yang mulia ini.
Sesuai buat renungan kita bersama. Moga bulan Ramadhan ini, kita berjaya meningkatkan tahap keimanan dan ketaqwaan kita dalam perjalanan menemui Allah yang Esa.

  • Bersabda Nabi SAW, "Tiap sesuatu itu mempunyai pintu. Pintu ibadah ialah puasa." (Hadis Riwayat Tirmizi)
  • Bila KEKUATAN yang dipohon, Allah berikan RINTANGAN utuk dihadapi. Bila KEBIJAKSANAAN yang dipohon, Allah berikan MASALAH untuk diselesaikan. Bila KASIH ALLAH yang dipohon, Allah berikan ORANG BERMASALAH untuk dibantu. Bila PERTOLONGAN ALLAH yang dipohon, Allah berikan PELUANG untuk diambil. Ya Allah, suburkanlah hati kami dengan rasa syukur dan kasih terhadap-Mu.
  • Perkataan yang cantik ialah ALLAh, Lagu yang merdu ialah AZAN, Ensiklopedia yang bagus ialah AL-QURAN, senaman yang baik ialah SEMBAHYANG, Diet yang sempurna ialah PUASA, Mandi yang segar ialah WUDHUK, Perjalanan yang indah ialah HAJI.
  • Pesanan Jibril a.s kepada Nabi SAW ketika hadir Ramadhan, "Jangan lupa bermohon maaf dengan tiga golongan ketika hadir Ramadhan. Pertama maaf terhadap kedua ibu bapa. Kedua maaf sesama suami isteri dan ketiga maaf kepada keluarga, sahabat dan mereka yang di sekeliling kita."
  • Jika HATI sejernih AIR, jangan biar ia keruh, Jika HATI seputih AWAN, jangan biar ia mendung, jika HATI seindah BULAN, hiasi dengan IMAN.
  • Andai harta adalah racun, maka zakatlah penawarnya, jika seluruh umur adalah dosa, maka taqwa dan taubatlah ubatnya, jika seluruh bulan adalah noda, maka Ramadhanlah pemutihnya.
  • Sempena Ramadhan yang akan menjelang, sentiasalah setting niat, upgrade iman, download sabar, upload usaha, delete dosa, update doa, dan top-up ilmu agar boleh redeem pahala.

No comments:

Post a Comment