Social Icons

Sunday, August 31, 2008

Puasa Al-Khusus

Menurut Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin mengenai puasa:

"Puasa ada tiga kedudukan: Puasa Umum, Puasa Khusus dan Puasa Khusus Al-Khusus.

Puasa Umum ialah menahan perut dan kemaluan daripada memenuhi kehendak syahwat. Puasa Khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan daripada melakukan dosa. Puasa Khusus Al-Khusus ialah menahan hati daripada keinginan buruk dan tidak memikirkan sesuatu selain daripada Allah dan ini ialah pusa nabi, al-Sidiqin dan al-Muqarrabin.

Imam Al-ghazali mengariskan panduan bagi mencapai tahap puasa al-khusus iaitu puasa orang salih, seseorang perlu menyempurnakan enam perkara:
  • Menundukkan pandangan dan menahan diri daripada melihat perkara tercela dan dibenci syariat dan melalaikan hati.
  • Memelihara lidah daripada menuturkan perkataan tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat, dusta dan sebagainya.
  • Menahan diri daripada mendengar perkataan dibenci syarak.
  • Menahan anggota tubuh dripada melakukan perkara haram seperti menahan perut daripada memakan makanan yang haram dan syubhah.
  • Elakkan makan makanan halal berlebihan sehingga terlampau kenyang.
  • Perlu timbul dalam hati, perasaan takut dan berharap gar puasa dilaksanakan diterima Allah SWT dan diampunkan dosa.

1 comment:

  1. Mudah-mudahan kita mencapai darjat puasa yang kedua iaitu puasa al-khusus dengan mengikut panduan yang diberikan oleh Imam Al-Ghazali.

    ReplyDelete