Social Icons

Friday, September 12, 2008

Sepuluh perkara tentang Kata Laluan (Password)

  1. Guna kata laluan mengandungi campuran huruf besar dan kecil. Contoh: PaSSwOrd.
  2. Guna kata laluan yang mengandungi campuran huruf dan nombor. Contoh: Pa55w0rd.
  3. Tukar kata laluan dalam tempoh tertentu, misalnya dua minggu atau sebulan sekali.
  4. Elakkan kata laluan semua huruf atau semua nombor. Contoh: password, 123456.
  5. Elakkan penggunaan nama sendiri atau nama samaran sebagai kata laluan. Contoh: azman, tokmat
  6. Elakkan penggunaan perkataan umum atau jenama terkenal. Contoh: Petronas
  7. Elakkan penggunaan kata laluan yang berkaitan maklumat diri anda seperti tarikh lahir, nama anak, nama isteri, tempat lahir dan sebagainya.
  8. Elakkan menulis kata laluan anda di tempat yang boleh ditemui oleh orang lain.
  9. Jangan memberitahu oang lain kata laluan anda.
  10. Gunakan kata laluan yang panjang.

No comments:

Post a Comment