Social Icons

Sunday, August 31, 2008

Panduan Tidur Cara Islam

Panduan sebelum tidur:
  • Mengambil wudhuk
  • Membaca zikir yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Saiditina Fatimah dan Saidina Ali ketika hendak tidur. Hendaklah bertasbih sebanyak 33 kali, bertahmid 33 kali dan bertakbir 34 kali.
  • Membaca ayat Qursi kemudian menyapu muka serta melurutkan tangan ke arah kaki sekadar capaian tangan (dilakukan tiga kali).
  • Membaca surah Al-Ikhlas, al-Falaq dan An-Nas dan diikuti Al-Fatihah.
  • Bermuhasabah di atas dosa-dosa harian yang dilakukan sepanjang hari lalu memohon ampun kepada Allah dan berazam melakukan perkara lebih baik pada keesokan harinya.
  • Berdoa kepada Allah dengan berserah diri kepada-Nya. Antaranya doa yang bermaksud: "Ya Allah, dengan menyebut nama-Mu aku mati dan hidup"
  • Mengucap dua kalimah syahadah kerana dikhuatiri malam itu adalah tidur terakhir bagi kita di dunia ini. Moga-moga kalimah toyyibah itu menjadi kalimah terakhir dilafaz dalam perjalanan menemui Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment