Islam menganjurkan cara-cara mengatasi perasaan marah seperti berikut:
- Mengubah posisi. Sabda Rasulullah SAW: "Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghiangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring." (Riwayat Muslim)
- Berwudhuk. Rasulullah SAW bersabda: "Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwudhuk" (Hadis Riwayat Abi Daud)
- Minum air.
- Mendiamkan diri ketika marah.
- Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
- Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan, masa dan tempat yang sesuai.
- Berfikiran positif.
- Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat. Mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.
- Bawa bertenang seperti menarik nafas.
- Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.
No comments:
Post a Comment