Social Icons

Friday, August 29, 2008

Belanjawan 2009

Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada 29 Ogos 2008.

Kelayakan pendapatan isi rumah isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat ditingkatkan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan untuk semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 untuk Sabah.

Pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.

Tabung Khas berjumlah RM25 juta ditubuhkan bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang hilang punca punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan.

Elaun Ibu Pelihara di Rumah Tunas Harapan dinaikkan daripada RM600 kepada RM1,000 sebulan. Kenaikan ini berkuatkuasa mulai 1 September 2008.

Mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak.

Percuma bagi Bil elektrik bernilai RM20 sebulan dan ke bawah. Berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.

Rebat cukai pendapatan dinaikkan dari RM350 kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000.

Pendapatan faedah ke atas simpanan bagi individu dikecualikan cukai.

Duti import beberapa barangan pengguna seperti pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik - dikurangkan dari antara 10 hingga 60 peratus kepada 5 hingga 30 peratus.

Cukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel, dikurangkan mulai 1 September 2008.

Pengecualian cukai sepenuhnya kepada eluan perjalanan pekerja antara rumah dan tempat kerja yang diberikan oleh majikan manakala pekerja yang menerima elaun perjalanan diberi pengeculian cukai sehingga RM2,400 setahun.

Pengecualian cukai kepada majikan keatas manfaat yang dinikmati pekerja seperti bantuan kadar faedah bagi pinjaman berjumlah sehingga RM300,000 perumahan, kenderaan bermotor dan pendidikan, telefon mudah alih serta bil telekomunikasi dan langganan Internet yang dibayar oleh majikan, nilai diskaun sehingga RM1,000 setahun ke atas barangan jualan syarikat yang ditawarkan kepada pekerja, nilai diskaun ke atas perkhidmatan yang diniagakan oleh syarikat yang ditawarkan kepada pekerja dan elaun penjagaan anak sehingga RM2,400 setahun bagi anak-anak pekerja.

Pengecualian cukai keatas manfaat perubatan yang disediakan oleh majikan tidak merangkumi perbelanjaan materniti. Kerajaan mancadangkan memperluaskan pengecualian cukai kepada perbelanjaan materniti.

Kakitangan kerajaan yang diberi kemudahan tambang pergi balik percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal iaitu diantara Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak, mulai 1 Januari 2009 boleh berbuat demikian sekali setahun.

Jumlah bas RapidPenang akan ditambah dengan 200 bas lagi dan dengan ini perkhidmatan bas tersebut dijangka dapat diperluaskan lagi dengan 14 jaringan laluan baru.

Untuk memperluaskan lagi jaringan perkhidmatan rel bandar di Lembah Kelang, satu laluan LRT baru sepanjang 42km akan dibina dari Kota Damansara ke Cheras.

Elaun bulanan sebanyak RM150 sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU).

Wang Pemberian Murid OKU di sekolah pendidikan khas ditambah dari RM50 kepada RM150.

Bayaran insentif RM200 sebulan untuk pembantu guru di sekolah pendidikan khas.

Tempoh pinjaman perumahan dilanjutkan dari 25 tahun kepada 30 tahun bagi pinjaman baru.

Kemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubahsuai untuk rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaan.

Peruntukan RM200 juta bagi pembinaan ibupejabat, balai dan pondok polis di seluruh negara.

Semua premis perniagaan yang memasang alat kawalan keselamatan di beri Elaun Modal Dipercepatkan yang boleh dituntut sepenuhnya dalam tempoh satu tahun.

Kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk biayai perolehan aset bas dan rel.

Pengurangan 50 peratus bayaran tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh dua tahun mulai 15 September 2008.

Duti eksais spesifik ke atas rokok dinaikkan sebanyak 3 peratus sebatang - dari 15 sen kepada 18 sen.

Kadar bayaran insentif pakar perubatan akan dinaikkan untuk 3,800 pegawai dengan perbelanjaan tambahan RM26 juta.

Kadar bayaran insentif pasukan perubatan udara di Sabah dan Sarawak dinaikkan.

Bagi pembantu perubatan, kadar bayaran dinaikkan dari RM20 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.

Bagi jururawat pula, dari RM15 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.

Bonus sebulan gaji atau minimum RM1000 bagi kakitangan awam. Dibayar pada bulan September 2008 dan Disember 2008.

No comments:

Post a Comment