Social Icons

Thursday, July 9, 2009

Google akan lancarkan Sistem Operasi Komputer yang murah dan mudah

Google Incorporation telah mengumumkan akan melancarkan sistem operasi untuk komputer peribadi sebagai persaingan langsung terhadap dominasi platform Sistem Operasi Windows oleh Microsoft Corporation.

Sistem yang dinamakan Google Chrome Operating System dijangka akan mula dipasarkan menjelang pertengahan tahun 2010. Sistem ini menggunakan base Linux.



Google akan bekerjasama dengan beberapa syarikat pengeluar komputer dunia untuk merealisasikan tujuan ini. Sokongan daripada pengeluar komputer amat perlu bagi menjayakan rancangan ini.

Sebelum ini pihak Google pernah melancarkan perisian pelayar web Google Chrome pada 2008 sebagai pesaing kepada perisian pelayar Internet Explorer, tetapi gagal memberikan impak besar.

Jika sistem operasi ini berjaya, maka ia akan menjadi alternatif yang baik kepada pengguna sistem komputer di dunia terutama dari segi penjimatan kos berbanding menggunakan Sistem Operasi Windows dan Machintosh.

Sumber: Aljazeera.net

No comments:

Post a Comment