Monday, December 29, 2008
Salam Maal Hijrah 1430
Begitu pantas masa berlalu. Moga kita semua masih dan sentiasa di landasan yang betul.
Jika terbabas, bersama kita tegur menegur untuk kembali ke pangkal jalan.
Didoakan agar semuanya senantiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki dan rahmat oleh Allah s.w.t.
Amin.
Thursday, December 25, 2008
1234 - Aris Ariwatan
Satu... kasih yang abadi
Tiada tandingi Dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
( korus )
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan
Tuesday, December 9, 2008
Petua Sakinah
ASSALAMUALAIKUM,
Subject: Petua untuk murah rezeki dan dijauhkan kesulitan
Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah
didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"
Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.
Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.
Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.
Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.
Sebar-sebarkan kepada rakan-rakan dan saudara yang anda kenali.
Sunday, December 7, 2008
Friday, December 5, 2008
Thursday, December 4, 2008
Moga Kejayaan Sentiasa Mendampingi Kita
Saya mempunyai matlamat hidup dan saya percaya boleh mencapainya. Matlamat saya tetap dan tepat kerana itu saya boleh mencapainya. Saya mempunyai kesungguhan yang luarbiasa kerana itu saya boleh mencapai matlamat saya. Setiap hari saya mengambarkan matlamat saya dan mengambarkannya telah tercapai. Saya menyintai matlamat saya sepenuh hati. Matlamat saya adalah milik saya. Saya mempunyai idea-idea yang baik untuk matlamat saya. Saya sentiasa berusaha mencapai matlamat saya.
Saya mempunyai minat yang mendalam kerana itu saya sentiasa bersungguh-sungguh. Setiap hari saya semakin pandai dan berpengetahuan. Saya sentiasa mempunyai masa untuk menambahkan pengetahuan. Semakin saya berpengetahuan, semakin saya dahagakan pengetahuan.
Saya bertindak segera. Saya bersedia mengambil risiko. Saya mempunyai imej kejayaan. Saya berpakaian seperti orang berjaya.
Saya jujur, amanah dan boleh dipercayai.
Setiap hari saya semakin berjaya. Kejayaan sentiasa mendampingi saya. InsyaAllah kejayaan cemerlang akan menjadi milik saya.
Saturday, November 29, 2008
Tuntutlah ilmu walau hingga ke Negeri China
Untuk Berjaya Di Dunia
Hendaklah Berilmu
Untuk Berjaya Di Akhirat
Hendaklah Berilmu
Untuk Berjaya Di Dunia & Akhirat
Hendaklah Berilmu
Ilmu yang diperolehi perlulah diamalkan untuk menjadikannya bermanfaat dan bermakna bukan sahaja untuk diri kita, malahan lebih bermakna jika bermanfaat untuk diri orang lain. Mari bersama berkongsi ilmu yang kita perolehi. Moga kita semua terus berjaya dalam hidup baik di dunia, apatah lagi di akhirat kelak.
Friday, November 28, 2008
Burj Al-Arab
Mari kita lihat gambar-gambar pandangan dalam bilik pula.
Lift Hotel
Bersenam kat Gym
Tak puas kat Gym, boleh main tenis kat sini ha...
Kemudahan lain:
Restoran
Inilah keindahan mahligai buatan manusia di dunia. Keindahan Mahligai Allah di Syurga tentu tak terbayangkan oleh kita akan maha hebatnya. Bayaran masuk, fikir-fikirkanlah...
Gambar-gambar diperolehi melalui carian imej di http://images.google.com.my/
Sunday, November 23, 2008
Jangan Sukarkan Yang Halal & Mudahkan Yang Haram
Buat renungan dan tindakan kita semua:
Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah apabila dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal. Sedangkan Islam menyuruh kita membentuk suasana atau iklim kehidupan yang menyukarkan yang haram dan memudah yang halal. Itulah tanggungjawab pemerintah dan umat iaitu menegak yang makruf dan mencegah yang munkar.
Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke arah tersebut. Sementara mencegah yang munkar adalah dengan cara menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun, jika masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita begitu menjauhi ruh syariat islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah s.w.t.
Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin (Mufti Kerajaan Negeri Perlis)
Sumber: http://drmaza.com/home/?p=501 27/11/2008 11:55am
Tuesday, November 18, 2008
Sihat Jantung
Cara nak makan mudah je... Cicah je roti tu kat minyak zaitun, pastu cicah plak kat rempah tu.. Pastu masuk mulut dan kunyah je lah.. Cubalah!
Sunday, November 16, 2008
Biar Buta Mata, Jangan Buta Hati
There was a blind girl who hated herself because she was blind. She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always there for her. She told her boyfriend, 'If I could only see
the world, I will marry you.'
One day, someone donated a pair of eyes to her. When the bandages came off, she was able to see everything, including her boyfriend.
He asked er,'Now that you can see the world, will you marry me?' The girl looked at her boyfriend and saw that he was blind. The sight of his closed eyelids shocked her. She hadn't expected that. The thought of looking at them the rest of her life led her to refuse to marry him.
Her boyfriend left in tears and days later wrote a note to her saying: 'Take good care of your eyes, my dear, for before they were yours, they were mine.'
This is how the human brain often works when our status changes. Only a very few remember what life was like before, and who was always by their side in the most painful situations.
Life Is a Gift
Today before you say an unkind word - Think of someone who can't speak.
Before you complain about the taste of your food - Think of someone who has nothing to eat.
Before you complain about your husband or wife - Think of someone who's crying out to GOD for a companion.
Today before you complain about life - Think of someone who died too early on this earth.
Before you complain about your children - Think of someone who desires children but they're barren.
Before you argue about your dirty house someone didn't clean or sweep - Think of the people who are living in the streets.
Before whining about the distance you drive Think of someone who walks the same distance with their feet.
And when you are tired and complain about your job - Think of the unemployed, the disabled, and those who wish they had your job.
But before you think of pointing the finger or condemning another - Remember that not one of us is without sin.
And when depressing thoughts seem to get you down - Put a smile on your face and think: you're alive and still around.
Saturday, November 15, 2008
Anti Virus Palsu
Itu adalah satu contoh anti virus palsu. Dalam kebanyakan kes, tidak wujud pun virus atau spyware seperti yang didakwa oleh mesej berkenaan. Apa yang dikehendaki mereka ialah anda mengklik pada pop up mesej berkenaan dan dengan berbuat demikian, anda mungkin telah membenarkan proses yang tidak baik berlaku terhadap komputer anda. Komputer anda mungkin sedang diintip (spyware). Maklumat peribadi dan kewangan anda mungkin sedang disalin(maklumat ini boleh dijual pada pihak ketiga) atau mungkin virus telah disebarkan ke sistem komputer anda. Kadangkala ia menyebabkan sistem komputer menjadi lembab dan lebih teruk sistem menjadi 'hang'.
Perisian virus palsu biasanya dilaksanakan oleh Trojan (sejenis program yang mengambil alih kawalan ke atas komputer anda). Kadangkala attachment pada email mengandungi Trojan ini.
Kesan seterusnya ialah anda akan didatangi pop up mesej sedemikian berulangkali walaupun tidak lagi online. Symptom-symptom lain seperti icon pada desktop atau wallpaper yang baru atau homepage web browser anda dihalakan ke page tertentu.
Cadangan Mengatasi:
1. Gunakan Mozilla Firefox berbanding menggunakan Internet Explorer. Internet Explorer sentiasa menjadi sasaran hacker. Pilihan lain ialah Google Chrome dan Flock.
2. Pastikan anda mempunyai perisian anti virus yang boleh dipercayai dan sentiasa dikemaskini. Sila gunakan firewall yang baik.
3. Jangan sesekali membuka attachment email anda kecuali anda tahu sumbernya dari sumber yang boleh dipercayai.
4. Jangan klik sebarang pop up mesej. Jangan klik pada butang X merahnya. Ia bukan butang close sebenar. Ia hanya imej yang mempunyai link ke laman atau perlaksanaan program tertentu. Guna kekunci Ctrl + F4 untuk menutupnya.
5. Berhati-hati dengan pop up mesej anti virus, walaupun ia menggunakan jenama dikenali seperti Grisoft AVG, Norton, McAfee dan sebagainya, kerana ia mungkin bukan daripada pengeluar yang sebenar.
6. Jangan download sebarang freeware atau shareware kecuali daripada sumber yang telah dikenali. gunakan laman web yang dipercayai seperti download.com, versiontracker.com dan lain-lain lagi. Kebiasaannya, perisian freeware dan shareware datang bersama spyware, adware dan perisian anti virus palsu.
7. Jauhi laman web yang meragukan. Seetengah laman web akan tersu memuat turun perisian ke komputer anda apabila anda memasukinya.
8. Tetapkan setting security web browser anda pada tahap lebih tinggi.
9. Semak senarai perisian meragukan / palsu dilaman web berikut:
http://spywarewarrior.com/rogue_anti-spyware.htm
Jika komputer anda telah diserang, berhenti menggunakannya, dapatkan bantuan daripada pihak teknikal yang berkenaan. Terus menggunakannya akan boleh menyebabkan kesan kerosakan yang lebih besar.
Semoga maklumat ini berguna kepada anda semua.
Thursday, November 13, 2008
Voice and Video Chat from Google
Lihat video berikut untuk maklumat lanjut.
Yang menggunakan Yahoo Messenger dan Skype, ini mungkin satu lagi pilihan untuk anda semua. Selamat mencuba!
Wednesday, November 12, 2008
Mutiara Kata 2
- Kata-kata yang diucapkan
- Anak panah yang terluncur
- Masa yang berlalu
- Peluang yang diabaikan
The beginning is the most important part of the work
Permulaan adalah bahagian yang paling penting dalam sesuatu usaha
(Plato (428 - 384 SM)
Sunday, November 9, 2008
Mutiara Kata 1
sesuatu itu
adalah hebat
tetapi
menyelesaikannya
adalah lebih hebat.
H.W. Longfellow (1807-1882)
Ilmu
lebih baik
daripada harta
Harta
berkurang
apabila digunakan
ilmu
bertambah
apabila digunakan.
Ali bin Abi Talib (600 - 661 M)
Tiap-tiap
bertambah ilmuku
akan bertambah pula
keinsafan bahawa
terlalu banyak
yang aku
tidak tahu.
Imam Syafie (767 - 820M)
Saturday, November 8, 2008
Satu Tekad
Berikan ku sebaris kata
Untuk ku susuri jalan gelita
Mentera keramat kata pujangga
Azimat yang bermakna
Di depan simpang bercabang tiga
Tak tahu mana satu arahnya
Kanan kiri manusia berdusta
Mungkir pada yang Esa
Mungkin ku bukan watak utama
Dalam pentas lakonan dunia
Bimbang juga ku turut sama
Pastinya aku yang binasa
Berikan aku pedoman
Arah mana jalan kehidupan
Untukku teruskan pengembaraan
Tak rebah dan tak tersalah langkah
Tunjukkan aku kawan
Simpang mana arah kejayaan
Timur, utara juga selatan
Atau arah matahari terbenam
Bersama menyusuri jalan
Para rasul nabi junjungan
Menuju ke puncak gemilang terbilang
Iman di dada mengiring langkah
Friday, November 7, 2008
Mentari Merah Di Ufuk Timur
Setelah terbenam Mentari
Ada yang tertinggal
Setelah kering air di kali
Alam telah menyakinkan
Kau mesti pergi
Kau mesti
Alam telah menyakinkan
Kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan Illahi
Ada yang tertinggal
Setelah musnah semua mimpi
Kekal selamanya
Cintaku dengan cahaya mu
Kekal selamanya
Tetap dalam ingatanku
Lemas dalam rindu
Tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi
Tapi masih ada...
Yang kau tinggalkan dalam kalbuku
Yang tinggal...( 3x... 6x... )
Wednesday, November 5, 2008
BUDAYA-BUDAYA NEGATIF DALAM UMNO?
-------------------------------------------------------------------------------
http://www.malaysiakini.com/news/92467
Ku Li tewas akibat gagal sogok wang? Muda Mohd Noor, Nov 5, 08 10:45am |
Tengku Razaleigh Hamzah gagal mendapat cukup pencalonan untuk jawatan presiden Umno kerana enggan menyogok wang kepada para perwakilan, dakwa seorang pembantu bekas menteri kewangan itu. Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz mendakwa, wakil lebih 50 bahagian Umno yang hendak mengadakan mesyuarat perwakilan, datang menemuinya (Kamal) untuk meminta sogokan sebelum mesyuarat dijalankan. 'Undi angkat tangan' Kamal Amir berkata, 67 bahagian mencalonkan Tengku Razaleigh untuk jawatan presiden Umno. Daripada jumlah tersebut, katanya, 66 daripada bahagian tersebut menjalankan pengundian secara terbuka melalui kaedah angkat tangan. "Bahagian-bahagian tersebut termasuk di Kelantan. Hanya mesyuarat bahagian Muar (yang turut mencalon Ku Li) Ahad lalu, dijalankan secara undi sulit. "Jika mesyuarat dibuat secara undi sulit, saya yakin keadaan pencalonan untuk Tengku (Razaleigh) boleh berubah," katanya. Kamal Amir berkata, kebanyakan mesyuarat bahagian tidak membincangkan usul, sebaliknya perwakilan meninggalkan mesyuarat selepas selesai mengundi. Ini, katanya, seolah-olah perwakilan hanya mahu mengundi dan tidak berminat untuk membahaskan usul seperti dalam mesyuarat perwakilan sebelumnya. |
-----------------------------------------------------------------------------
Jelas berdasarkan petikan berkenaan, didedahkan sekurang-kurangnya tiga budaya negatif dalam UMNO.
01. Budaya Sogokan
02. Budaya Takut Menyatakan Pendirian (hanya berani dalam keadaan sulit / tersembunyi)
03. Budaya Ambil Mudah / Sambil Lewa
Selain didedahkan melalui berita di atas, beberapa lagi budaya negatif yang perlu diberi perhatian untuk diperbetulkan jika UMNO mahu terus relevan:
04. Budaya Mengampu (Sentiasa memuji walaupun Big Boss melakukan kesalahan / kesilapan)
05. Budaya Mengutamakan Kepentingan Diri (Tidak berani menegur kesalahan / kesilapan Big Boss takut kehilangan kuasa / pangkat / kesenangan / kemudahan)
06. Budaya Meminta Balasan / Komisen
07. Budaya Enggan Berundur (enggan memberi laluan kepada orang lain walaupun sudah tidak relevan lagi kecuali bila benar-benar terpaksa)
08. Budaya Pijak Memijak Untuk Naik Ke Atas.
Tuesday, November 4, 2008
Jom kita Flock!!!
Download Flock di: http://flock.com/
Flock is a web browser built on Mozilla’s Firefox codebase that specializes in providing social networking and Web 2.0 facilities built into its user interface. Flock v2 was released on October 14th 2008.
The Flock browser is available as a free download, and supports Microsoft Windows, Mac OS X, and Linux platforms.
Flock 2.0 integrates social networking and media services including MySpace, Facebook, YouTube, Twitter, Flickr, Blogger, Gmail, Yahoo Mail, etc. Notably, when logging into any of the supported social services, Flock can track updates from friends: profiles, uploaded photos, and more.
Other features include:
* native sharing of text, links, photos and videos;
* a "Media Bar" showing preview of online videos and photos as well as subscription to photo and video feeds;
* a feed reader supporting Atom, RSS and Media RSS feeds;
* a blog editor and reader, allowing direct posting into any designated blog;
* a web-mail component allowing users to check supported web-based email off site, compose new messages, and drag-and-drop pictures and videos from the "Media Bar" or webclipboard into a new email message;
* support for third-party add-ons, including a number of Firefox extensions.It also supports themes since version 2.0.
In December 2007, Flock won the Mashable Open Web Awards for Applications and Widgets and in March 2008, Flock won the South By Southwest Web Award for Community.
Flock 1.0 was reviewed by CNet as "Best Mac Software of 2007." PC World's Harry McCracken reviewed Flock as his "New Favorite Web Browser."
In February 2008, AOL announced that it would discontinue support for the Netscape browser, and recommended Flock and Firefox as alternative browsers to its userbase of Netscape 9 users. For the Netscape 8 userbase, AOL recommended only the Flock browser to its users. In March 2008, Flock announced that they had seen "nearly 3 million downloads" and a 135% percent increase in active users in the first two months of 2008. They also announced "more than 70 percent of Flock users making it their default browser of choice."
In May 2008, Flock won the Social Networking category of the Webby Awards.Flock was nominated for this award along with Facebook, Bebo and Ning. On July 22, 2008 Linux distributor PC/OS announced that the Flock browser would replace Firefox as its primary browser on its workstation releases.
Awards
Upon exiting beta Flock has won a number of awards:
* Webby Award in social networking, 2008
* SXSW community Award, 2008
* Open Web Award for Applications and Widgets, 2007
Ratings
* Download.com top rated, 5 out of 5
* Ranked #6 on PC World's list of the 100 best products of 2008
Enjoy using Flock!
Bagaimana Mendapat Kejayaan Cemerlang
- Kejayaan bermula dari fikiran anda
- Selalulah berfikir tentang kejayaan
- Berfikir secara POSITIF
- Bergaul dengan orang-orang yang positif
- Sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan
- Mempunyai matlamat hidup - TEPAT dan TETAP
- Sanggup hadapi apa saja CABARAN
- Mempunyai KESUNGGUHAN dan MINAT yang mendalam
- Jangan tamak - mahu menguasai semua perkara dalam sesuatu masa
- Menyintai matlamat anda
- Percaya akan berjaya mencapai matlamat
- Rahsiakan matlamat anda
- Belajar dari orang-orang yang berjaya
- Mencari banyak pengetahuan
- BERTINDAK untuk mencapai kejayaan
- Bertindak SEGERA
- Tentukan waktu pencapaian matlamat
- Gol besar - puncak kejayaan. Gol kecil - kejayaan-kejayaan kecil sebelum kejayaan besar
- Perancangan - rancang cara-cara mencapai kejayaan
- Setiap hari tingkatkan dan semakin dekatkan diri kepada kejayaan
- Nilai pencapaian semasa anda
- Bina imej diri cemerlang
- Pakaian - bersih dan kemas - seperti orang-orang yang berjaya
- Jangan cakap besar, tapi berfikir besar
- Jujur dan amanah
- Sentiasa berdoa kepada Allah. Doa seiring keimanan dan amalan
- Cari tempat sunyi dan selesa - capai taraf rehat paling tinggi - masukan fikiran-fikiran baru
Monday, November 3, 2008
Sukses Dalam Cabaran
- Kembangkan sikap positif. Minat terhadap apa yang anda lakukan.
- Tingkatkan pengetahuan dan ketrampilan. Mengamalkan pengetahuan
- Kembangkan keinginan untuk unggul. Berusaha melakukan yang terbaik.
- Bekerja berdasarkan jadual. Patuhi jadual anda sendiri. Mulakan dengan sesuatu yang baik, kemudian bergerak dengan suatu kecepatan yang teratur dan mantap dan akhirinya dengan sasaran menuju garisan penamat.
- Menetapkan keutamaan. Agak sukar melakukan banyak kerja dalam satu masa. Jadi, lakukan mengikut keutamaan.
- Menetapkan matlamat / sasaran yang kuat. Ia akan menjadi pendorong tindakan anda.
- Mencipta lingkungan / persekitaran yang membantu. akan memudahkan anda mencapai matlamat anda.
- Berjuang mencapai kesempurnaan walaupun dalam perkara-perkara kecil. Hal-hal kecil dan remeh boleh menyebabkan anda tersasar daripada matlamat anda.
- Mengetahu gambaran keseluruhan - bukan hanya sebahagian. Menjadi panduan melaksanakan tindakan-tindakan anda.
- Mengguna sebanyak mungkin pancaindera anda. Meningkatkan keberkesanan dan laluan pantas menuju matlamat.
- Selalu menguji diri anda. Kembalikan diri ke laluan sebenar jika telah tersasar.
- Kembangkan daya konsentrasi. Fokus terhadap apa yang dilakukan akan mengelakkan anda tersasar dan melambatkan pencapaian matlamat.
- Setiap orang dapat melakukannya jika bersedia mengorbankan waktu dan usaha untuk sesuatu hal itu.
Epilog Kegigihan
Di situ ada pasangnya
Di setiap senja yang berlalu
Di situ suria akan menjelma
Di setiap cita-cita yang berbunga
Di situ mesti ada usaha
Berjaya Dalam Pembelajaran
- Mempunyai Jadual Waktu Peribadi
- Patuh kepada Jadual Waktu Peribadi anda
- Nilai aktiviti harian anda - perbaiki kekurangan yang ada
- Mengetahui ruang lingkup mata pelajaran anda
- Belajar dengan konsisten sejak awal
- Jangan tangguh-tangguhkan kerja
- Sentiasa mengulangkaji
- Keselesaan semasa belajar
- Dapatkan keselesaan hati dan fikiran
- Mempunyai penasihat / kaunselor peribadi - kawan, ibu bapa, guru dll
- Mempunyai kumpulan perbincangan - 'study' sebelum perbincangan. Perlu pengerusi untuk kendali perbincangan secara teratur dan tidak menyeleweng
- Bermotivasi
- Berfikiran Positif
- Menyelesaikan tanggungjawab-tanggungjawab yang perlu dibereskan - agar tidak mengganggu tumpuan anda
- Berdisiplin - patuh kepada peraturan
Jangan biarkan ruam menjadi bisul dan bernanah
Kebelakangan ini, makin menular dan menjadi-jadi budaya dan gejala sosial negatif di dalam negara kita. Terlalu banyak gejala-gejala sosial negatif seperti pergaulan bebas, seks bebas, jenayah seksual dan sebagainya lagi.. Jangan kiralah yang dah lama bertapak dan berkembang seperti masalah dadah, samseng, ragut, pembunuhan kejam dan sebagainya lagi.. Dah jadi biasa di telinga kita dengan hal-hal sebegini. Komuniti kita perlu bertindak lebih agresif untuk menentang penularan gejala yang merosakkan ini.
Terbaru... penularan budaya gay (lihat berita di bawah) dan lesbian yang dulunya sangat dipandang jijik oleh masyarakat. Kita perlu menghalang penularan gejala-gejala sebegini.. Kita tentu tidak mahu suatu hari nanti ianya dipandang biasa sebagaimana gejala-gejala sosial negatif yang lain.
====================================================
70 nabbed in police raids on gay parties
GEORGE TOWN: Police broke up four gay parties and nabbed 70 people, some of whom were literally caught with their pants down. Those detained included locals, Americans, Europeans and a Chinese national.Police, in a blitz to weed out vice activities here and in Seberang Jaya on Saturday, stumbled upon the parties specially organised for the men.
In the three-hour raids that started at 5.30pm, police stormed into a traditional massage parlour and a fitness centre in Midlands Park and two other fitness centres in Seberang Jaya.The raiding party seized used condoms, pornography DVDs, gay magazines, lubrication jelly and boxes of condoms found in the four premises.
Police said the organisers had used legitimate businesses as their front to conduct the illicit activities to hoodwink the authorities.George Town Deputy OCPD Supt Gan Kong Meng said they arrested 29 men, including a Chinese national, at the massage parlour and fitness centre here during the 8.30pm raid.
Rounded up: The party-goers at Midlands Park being led to the police truck before being taken to the state contingent police headquarters for questioning on Saturday.Many of them were found naked when police walked into the joints, he said.
The men, aged between 20 and 40, were arrested and questioned at the state police headquarters in Penang Road and were later released on bail, he added. “Those caught will be charged with gross indecency,” said Supt Gan, adding that police had raided the massage parlour and fitness centre five times in the past.
In Seberang Jaya, the police conducted the raid following public tip-offs and caught 41 suspects, including the Westerners.The suspects were taken to the Seberang Jaya district police headquarters and had their statements recorded before being released on police bail.
Police are also looking for the owners of the two premises to prosecute them for allowing their premises to be used as vice dens.
Sumber: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/11/3/nation/2443064&sec=nation
Wednesday, October 29, 2008
Bukan India???
Tidak!. Ianya adalah kawasan Little India di Singapura. Gambar-gambar di atas menunjukkan suasana di kawasan tersebut sehari sebelum Deepavalli.
Kawasan yang sentiasa sesak, terutama menjelang Deepavalli. Mustafa Centre, memang sangat terkenal di Singapura, khususnya bagi yang berketurunan India.
Lagi gambar-gambar suasana di kawasan Little India. Meliputi kawasan Serangoon Road, Hindoo Road, Babloo Road dan kawasan sekitarnya.
Gambar di bawah pula ialah Roberts Lane, but sorry no Roberts here.
Also no Roberts here.Antara makanan unik yang terdapat di sana.
Macam Pertandingan Ratu Sari je... Ooo.... Ms. Sing Tel rupanya..
Yang ni pun special... Belum jumpa kat sini... tak perlu tekan untuk flush, cuma letakkan tangan je.
Antara hotel berdekatan dan restoran makanan India yang popular di sini.
Sebenarnya ada banyak gambar lagi... Tapi cukuplah dulu setakat yang ada ni... Lain Deepavalli pula kita pergi ambil gambar lagi..
Kepada yang berminat melancong ke Singapura, ini adalah antara kawasan yang menarik untuk dilawati. Terdapat pelbagai makanan popular di sini seperti murtabak gajah, maruku istimewa, pelbagai kuih tradisional India dan lain-lain lagi.