Monday, March 30, 2009
Sampai 15 calon!. Apa maknanya tu???
Pertama kali dalam sejarah pilihan raya di Malaysia.
Senarai Calon:
01. R. Loganathan (Bebas) - logo kelapa sawit
02. Tan Hock Huat (Bebas) - kunci
03. Radzi Md. Lazim - Bebas - kerusi
04. S. Manikumar (PKR) - logo PKR
05. Mohd. Fadzil Abdul Wahab (Bebas) - kepala harimau
06. Abdul Rahim Abu - (Bebas) - jam loceng
07. L. Sarala (Bebas) - basikal
08. Datuk S. Ganesan (BN) - dacing
09. A. Jayagopal (Bebas) - payung
10. S. Moganakumar (Bebas) - buku
11 . Khamis Awang (Bebas) - ayam jantan
12. Husaini Yaacob - (Bebas) - bas
13. M. Vanesan - (Bebas) ikan
14. Mejar (B) Anuar Abd. Hamid (Bebas) - telefon
15. T. Chandrarajan - (Bebas) kapal terbang
Apa maknanya???
01. Tidak percaya lagi kepada sistem parti?
02. Protes kepada calon pilihan parti?
03. Protes kepada situasi politik semasa?
04. Menonjolkan kredibiliti diri lebih berpeluang baik daripada kredibiliti kedua-dua parti bertanding?
05. Mengejar populariti?
06. kerana tawaran yang menang akan dipilih menjadi Exco Kerajaan Negeri?
07. Mengambil kesempatan?
08. Diambil kesempatan? - (diperalatkan?)
Apa-apapun puncanya, apa-apa pun maknanya, apa-apa pun isyaratnya... Moga ini yang pertama dan terakhir dalam sejarah pilihanraya di Malaysia. Keadaan sebegini bukan sesuatu yang baik untuk budaya politik Malaysia, negara dan rakyatnya.
Kepada para pengundi, sampaikan isyarat / makna daripada anda. Moga anda semua bukan hanya penting kepada para YB dan calon-calon YB di musim pilihanraya semata.
Saturday, March 28, 2009
Earth Hour!
Dipetik dari: http://www.marinebuzz.com/2009/03/28/earth-hour-2009-switch-off-lights-to-vote/
This year, Earth Hour is conducting the world’s first global election, between Earth and global warming. You can cast your vote with your light switch.
“Vote Earth” is a global call to action for every individual, every business, and every community. A call to stand up and take control over the future of our planet. Over 2,712 cities, towns and municipalities in 83 countries have already pledged their support to VOTE EARTH during Earth Hour 2009, and this number is growing everyday.
How to participate ?
On Saturday March 28, wherever you live on planet earth, simply switch off lights at 2030 hours local time for 60 minutes and join the world for Earth Hour.
Why to participate in Earth Hour 2009 ?
* Earth Hour 2009 is a truly global initiative to fight against climate change.
* Climate change threatens lives, livelihoods, and lifestyles.
* In fact, cities consume 75 per cent of the world’s energy and produce 80 per cent of its greenhouse gas emissions. That’s why it’s important for cities to work together on this issue.
* It is the global expression of a desire for serious and sustained action on climate change.
* Earth Hour began in Sydney in 2007, when 2.2 million homes and businesses switched off their lights for one hour.
* In 2008 the message had grown into a global sustainability movement, with 50 million people switching off their lights.
* In 2009,
o Earth Hour is being taken to the next level, with the goal of 1 billion people switching off their lights as part of a global vote.
o Unlike any election in history, it is not about what country you are from, but instead, what planet you are from.
------------------------------------------------------------
Fikirkan:
Alam semakin tua usianya.
Tindakan manusia pada masa lampau memberi kesan kepada kejadian masa kini dan tindakan manusia pada masa kini akan memberi kesan pada masa hadapan.
Usaha satu jam mungkin tidak memberi kesan begitu hebat tetapi sekurangnya meningkatkan kesedaran terhadap keperluan memelihara alam yang kita diami ini.
Thursday, March 26, 2009
Adab Berdoa
Adab-adab Berdoa
1. Dengan merendah diri dan suara yang lembut seperti dijelaskan dalam surah Al-A’raf ayat 55 yang bermaksud “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.”
2. Hati sentiasa ingat akan Allah dan berasa yakin doa akan dikabulkan. “Berdoalah kepada Allah dan kamu menyakini untuk dikabulkan, dan ketahuilah olehmu sesungguhnya Allah tidak akan mengabulkan doa yang keluar dari hati yang lupa dan sunyi (dari mengingati Allah).”
3. Dimulai dengan memuji Allah dan membaca selawat kepada Nabi s.a.w. “Bersabda Nabi s.a.w.: Apabila salah seorang daripada kamu sekalian berdoa, maka mulailah dengan membaca Tahmid serta memuji kepada Allah, kemudian membaca selawat kepada Nabi, baru kemudian berdoa dengan apa yang dikehendakinya.”
4. Membaca selawat kepada Nabi di tengah dan akhir doa seperti dinyatakan dalam hadis berikut: “Bersabda Nabi s.a.w.: “Setiap doa terhalang (tidak dikabulkan) sehingga dibacakan atasnya selawat kepada Nabi s.a.w.”
5. Mengakhiri doa dengan mengaminkannya, biarpun hanya berdoa sendirian seperti dinyatakan hadis Abu Hurairah r.a.: “Bersabda Nabi s.a.w: “Apabila salah seorang dari kamu berdoa, maka aminkanlah atas doanya sendiri.”
6. Mengangkat kedua tangan selama berdoa. Hadis Abu Daud: “Bersabda Nabi s.a.w.: “ Sesungguhnya Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Hidup, Maha Pemurah dan berasa malu kepada hambanya apabila ia mengangkat kedua tangannya (berdoa) kepada-Nya, kemudian Allah mengembalikannya (menolaknya) tanpa hasil.”
7. Menyapu muka dengan kedua tapak tangan selepas berdoa. “Rasulullah s.a.w. apabila mengangkat kedua tangannya dalam berdoa, tidak akan melepas dan mengembalikannya sehingga menyapu wajahnya dengan kedua tangannya.”
8. Mengadahkan kedua tapak tangan apabila memohon perkara positif dan menelungkupkan tapak tangan apabila memohon menolak perkara negatif. “Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila memohon perkara positif mengadahkan kedua tapak tangannya ke langit, dan apabila memohon perlindungan dari perkara negatif menelungkupkan kedua tapak tangannya daripada langit. “
Selamat berdoa!. Moga dimakbulkan Allah s.w.t.
Tuesday, March 24, 2009
Kawal Kemarahan Kita
Jenis-jenis manusia berkaitan dengan sifat marah :
* Golongan Pertama: Tafrith
Iaitu mereka yang langsung tidak memiliki sifat marah. Apa jua yang berlaku disekelilingnya maka dia langsung tidak menunjukkan perasaan marah. Manusia jenis ini sama sekali tidak memiliki sikap pembelaan terhadap kebenaran. Dia tidak terasa tersinggung apabila agamanya diinjak-injak oleh musuh-musuh Islam. Golongan jenis ini juga apabila terjadi perlanggaran terhadap kehormatan diri mahupun ahli keluarganya maka dia akan menghadapinya dengan sikap yang penuh kebaculan dan terlalu merendah diri.
* Golongan kedua: Ifrath
Iaitu mereka yang tidak dapat mengawal perasaan marah lalu bersikap berlebih-lebihan sehingga hilang pengawalan akal yang waras terhadap dirinya. Golongan seperti ini akan berteriak dengan suara yang kuat serta mengeluarkan kata-kata kasar lagi kesat. Ada kalanya sehingga menyebabkan terjadinya pukul-memukul ataupun amukan yang dahsyat sehingga terjadi pertumpahan darah. Marah yang tidak dapat dikawal juga dapat membentuk perasaan dendam, benci dan dengki sehingga mendorongnya untuk melakukan pembalasan terhadap orang yang dimarahinya.
* Golongan ketiga: I'tidal
Iaitu golongan yang bersikap sederhana di antara tafrith dan ifrath. Mereka tidak menghilangkan sikap marah secara total tetapi hanya akan marah dalam situasi yang bersesuaian. Akal juga masih menguasai dirinya dan mereka sentiasa mengikuti batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.
Di antara cara mengawal perasaan marah adalah :
- Mengucapkan Ta'awudz (A'udzu billahi minasy syaithoonir rajeem - Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk). Ini adalah kerana perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan.
- Diam atau tidak berbicara.
- Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring.
- Mandi atau Berwuduk. Air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah
- Bertenang – tarik nafas dalam-dalam dan membuat kiraan hingga 10. Mengelakkan anda mengambil tindakan terburu-buru.
- membayangkan suasana yang menenangkan
- Jadilah seorang pendengar yang baik - terutamanya pada perkara-perkara yang boleh menyebabkan kemarahan. Jika anda dikritik, jangan melawan. Banyakkan mendengar dari pihak tersebut. Kekalkan ketenangan dalam diri.
- Luangkan masa untuk melakukan perkara-perkara yang anda suka seperti bercuti dan sebagainya untuk memperbaharui mood anda.
- Bijak mencari alternatif. Sebagai contoh, jika kesesakan jalan raya sering menyebabkan anda marah, gunakan pengangkutan lain sepenti komuter, LRT dan sebagainya untuk ke pejabat.
- Cuba pertimbangkan keadaan yang menyakiti hati itu daripada semua sudut pandangan, bukan saja daripada diri anda, malahan dari sudut orang yang menimbulkan kemarahan anda.
- Ambil tindakan positif untuk memperbaiki keadaan itu selepas anda sudah berada dalam keadaan fikiran lebih terkawal.
- Keletihan membuatkan anda lebih cepat marah dan mudah menjadi marah. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan makan makanan berkhasiat.
- Wujudkan satu program senaman yang tetap untuk melepaskan ketegangan dan sifat agresif masih ada secara fizikal.
- Jangan melihat sesuatu keadaan dengan terlalu serius. Cuba cari sesuatu yang melucukan kerana ketawa boleh melenyapkan kemarahan dengan cepat.
- Banyakkan berzikir, bertasbih dan bertahmid.
- Banyakkan bersabar kerana sabar itu separuh daripada IMAN.
- Banyakkan makan sayur, daging putih (ayam, ikan , daging arnab dsb) dan sup.
- Kurangkan memakan garam, cili, daging merah (daging lembu, daging rusa, unta dsb), halia, rempah kari / sambal dan bawang dalam masakan.
- Jangan tinggal Solat lima waktu, banyakkan solat-solat sunat dan solat hajat.
- Selalu menghadiri kelas agama dan berdamping dengan mereka yang selalu ke masjid.
- Selalu berbincang seseorang yang anda percaya untuk meluahkan masalah anda. Masalah memerlukan penyelesaian, bukannya dipendam di dalam diri.
- Marahlah dengan cara yang wajar dan terkawal tanpa diikuti dengan kekerasan atau kata-kata kesat. Tapi usah memendamnya kerana kemarahan yang tidak diluahkan akan memberi kesan negatif terhadap seorang individu itu.
Sunday, March 22, 2009
Dataran Sungai Melaka
Dataran Sungai Melaka merupakan antara produk pelancongan baru di Melaka.
Dataran Sungai Melaka, sesuai dilawati pada waktu malam. Ia bagaikan sebuah taman bercahaya yang dipenuhi pelbagai replika produk pelancongan menarik di Melaka.
Selamat datang ke Dataran Sungai Melaka.
Boleh ke sini melalui laluan sungai. Menaiki bot yang menyusuri Sungai Melaka. Atau boleh menyusuri Sg. Melaka dari sini.
Terdapat tiga kiosk menjamu selera di dataran ini.
Friday, March 20, 2009
Kawan? Kroni?
Berkawan biar beribu, berkasih biar satu.
Kenali siapa kita dengan melihat siapa kawan-kawan kita.
Kawan umpama cermin, yang menunjukkan kekurangan kita bagi memudahkan kita membaiki kekurangan kita.
Kawan perlu membantu kawannya agar menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya.
Kita perlu bijak menjadi cermin kepada kawan-kawan kita.
Kawan-kawan pula, janganlah biarkan kita berterusan dengan kekurangan kita.
Bantulah kita dengan berperanan sebagai cermin yang baik.
Paling penting, jangan menjadi kawan yang merosakkan kawan kita.
Apatah lagi jika asalnya kawan kita yang baik, kita pula menjadi cermin menjadikannya bukan semakin baik,
tapi semakin buruk. Apa punya cermin tu?...
Besarkan dan lihat gambar di bawah. Apa pandangan anda?
Wednesday, March 18, 2009
Jom Banteras Rasuah!!!
Jom banteras Rasuah!!!
Cakap memang mudah... nak buat tu yang susah.
Tapi usaha-usaha secara berterusan untuk mencantas, menangkis dan membunuh unsur-unsur rasuah adalah usaha terpuji yang patut digembleng oleh semua pihak.
Apa yang penting, tindakan membanteras patut tidak memilih sesiapa atau mengambil kira sesiapa. Jangan hanya orang-orang tertentu atau kumpulan-kumpulan tertentu sahaja yang diambil tindakan. Manakala sebahagian yang lain dibiarkan. Bukankah itu juga rasuah namanya?.
Ini pesanan untuk diri saya sendiri dan sahabat-sahabat semua.
Kalau kita tidak menjadi penerima rasuah, jangan pula menjadi pemberi rasuah. Kita jangan melihat rasuah dalam konteks yang besar seperti rasuah politik, rasuah mendapatkan kontrak pusat, rasuah mendapatkan jawatan dan sebagainya yang melibatkan kos hingga jutaan ringgit.... Rasuah juga bukan hanya dalam bentuk wang ringgit semata. Jika kita sentiasa melihat rasuah dalam konteks sedemikian, maka kita tentu rasa kita ni bebas rasuah.
Mari kita lihat definisi rasuah dalam konteks yang lebih luas.
Definisi mengikut SPRM: (sumber: sprm.gov.my)
a) wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;
b) apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;
c) apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;
d) apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;
e) apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;
f) apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan
g) apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f) yang terdahulu.
Kesalahan Rasuah:
Meminta/Menerima Rasuah.
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.
Menawar/Memberi Rasuah.
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.
Membuat Tuntutan Palsu.
Mana-mana orang memberi kepada ejen , atau ejen memberi kepada prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal / majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya.
Menyalahguna Jawatan/Kedudukan.
Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutu- nya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.
Terdapat 2 artikel rasuah yang amat baik untuk kita baca dan hayati bersama:
Ancaman Rasuah dan Cabaran Menanganinya : Oleh Mohamad Yusoff Akobe - Artikel yang sangat baik dan jelas. Bacalah sehingga ke penghujungnya.
Rasuah: Jalan Kehancuran Masyarakat Dan Negara : Oleh Mohd Dzul Khairi Mohd Nor - Menarik untuk mengetahui maksud Korupsi dari segi bahasa asalnya iaitu bahasa Latin. Bacalah juga sehingga tamat. Artikel yang lebih ringkas tapi padat.
Sunday, March 15, 2009
Small or Big??? Intelligent or Genius???
Tuesday, March 10, 2009
Biarkan aku...
Sedap dan amat bermakna.
Kumpulan Pelangi: Biarku Menjadi Lilin
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan
Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh
Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan
Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan
Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri.
Friday, March 6, 2009
Apa maknanya?
Tidak!. Yang menjadikan ianya lebih bernilai ialah bagaimana pengalaman itu memberi makna kepada kita.
Adakah cukup dengan mempunyai ilmu yang banyak?
Tidak!. Yang menjadikan ianya lebih bermakna ialah bagaimana kita menggunakan (mengaplikasikan) ilmu yang kita ada itu.