Di saat kau lena dia berjaga Kau bersenang dia bekerja Untuk mu tiada terbatas Memberi tidak minta dibalas Ingin dibinanya untuk mu Kehidupan yang sempurna Punya kekuatan jiwa Punyai maruah
( 1 ) Leterannya dari rasa luhur Menegur sebelum terlanjur Itulah yang diwarisi Pesan ibu terpahat di hati Beringat-ingatlah berpesan pesan Untuk kebaikan Marah bukan kebencian Tapi tanda sayang
( 2 ) Engkau semakin dewasa Berjiwa merdeka Sedang dia semakin tua Membilang usia Di saat kau berjaya Dia tiada berdaya Semoga kau tak lupa Jasa bonda
( ulang 2 & 1 )
Sumber Video: http://www.youtube.com/watch?v=VYrMqBrxbvk
Mai Cek Mai. Mai bermaksud mari. Cek di sini bermaksud awak. Di Kedah, cek juga bermaksud saya.Posting-posting pada laman web ini adalah bertujuan perkongsian ilmu, pengetahuan dan maklumat untuk manfaat bersama. Jika ia bukan sumber asal penulis blog ini, maka sumber asalnya akan dinyatakan.
No comments:
Post a Comment