Social Icons

Showing posts with label Makanan/Masakan. Show all posts
Showing posts with label Makanan/Masakan. Show all posts

Thursday, August 6, 2009

Geragau - enak tapi bersihkah?

Email daripada seorang sahabat. Menurutnya gambar diambil ketika lawatan ke sebuah daerah di Larut Matang dan Krian, Perak.

Mungkin kita perlu fikirkan lebih serius dari sudut kebersihan dan kesihatan disamping memikirkan enaknya memakan geragau yang menjadi ramuan penyedap dalam masakan nasi goreng, resepi kuah mee, sambal dan lain-lain lagi.

Geragau yang dijemur hanya di atas kanvas nipis, di atas tanah yang mudah dicemari kotoran bila ditiup angin, pekerja yang memijak geragau dengan kasut yang sama digunakan berjalan di atas tanah dan kawasan sekitar, anjing yang berkeliaran memijak geragau dijemur dan ....... siap 'melepaskan hajat' di kawasan berhampiran. Tidak mustahil mungkin pernah 'melepas' kat atas geragau tuh...

Tidak hairanlah dengan pelbagai penyakit yang muncul sekarang ni. Kita cakap je kebersihan adalah sebahagian daripada iman... Ramai kita tak lagi fikirkan pasal kebersihan lagi bila dah berselera nak makan.














Tuesday, November 18, 2008

Sihat Jantung

Dapat maklumat bahawa ini adalah antara makanan untuk penjagaan kesihatan. Di sebelah negara arab, terutamanya Palestin, ramai yng mengamalkan makanan ini sebagai sarapan harian mereka. Khasiatnya ialah menyihatkan jantung. Rempahnya juga boleh menyegarkan mulut dan bau nafas.


Ianya adalah roti (bagus juga kalau roti Perancis atau roti berserat), minyak zaitun dan rempah ratus.



Ni rempah ratusnya..


Ni pulak, minyak zaitunnya..


Nak tahu banyak tentang khasiat minyak zaitun?... ha... search la kat google nuu....

Cara nak makan mudah je... Cicah je roti tu kat minyak zaitun, pastu cicah plak kat rempah tu.. Pastu masuk mulut dan kunyah je lah.. Cubalah!



Ha... dah licin. Sapa abiskan ni wooiii... aku belum makan da....




Tuesday, October 14, 2008

Rendang Ayam Turkey

Ayam Turkey atau nama saintifiknya Maleagris Gallopava. Dagingnya, biasanya aku makan yang terdapat kat dalam burger kat A&W. Dah lupa apa nama burger tu.. Tapi raya kali ni, isteri aku nak masak rendang ayam turkey la plak. Maka kami pun ke Parit Bunga, Muar untuk ambil ayam tu.

Ni le gambo ayam tu masa sedang... (berbual-bual gamaknya...)


Lepas bersusah payah mengejor, akhirnya dapat juga menangkap ayam turkey yang kelihatan jinak ni... Iskh.. berpeluh jugak dibuatnya. Maklumler, nak tangkap sekor pun susah, ni plak nak tangkap tiga ekor.

Tapi hasil kecekapan aku dan atuk sedara serta menantunya, dapat juga kami memerangkap dan mencekup ayam-ayam tu...

Dah dapat tangkap, letak ler atas penimbang... Ha... tengok tu... dekat 6 kilo tu... Satu kilo ayam turkey segar, kalu kat pasaran, lebih RM30. Tapi kat sini dan sedara punya pasal, kira RM20 je la.


Lepas timbang, takleh biar lama-lama. Kang terlepas, jenuh nak mengejor lagi... So, sesi penyembelihan pun bermula...


Dah selesai sesi penyembelihan, maka bermula plak sesi pembersihan... dan inilah hasilnya... Ayam Turkey Togel... Bukan satu, tapi 3 si togel..




Ni baru sesi pembesihan peringkat pertama. Bawa balik rumah, kena keluarkan isi perutnya, bersihkan bahagian luar dalam. Seterusnya ialah sesi pemotongan. Daging ayam turkey dipotong mengikut saiz yang dikehendaki.

Dah siap potong tu, basuh lagi... selawat nabi.. dah bersih... siap untuk proses seterusnya. Sesi merendangkannya....

Ni le hasilnya... Sedap tu... Tak caya, tanya yang datang beraya kat rumah. Terima kasih kepada semua yang sudi datang.


So.. aku pun kali pertama makan Rendang Ayam Turkey. Sedap tu memang sedap, tapi ada le liat sket banding ayam daging biasa. Satu lagi speselnya daging ayam turkey ni, bahagian pahanya adalah jenis red meat (sama macam daging lembu), manakala bahagian dadanya adalah jenis white meat (sama macam daging ayam).

Ayam ni biasanya orang masak roast. Biasanya orang stim, pastu buat pangang. Maka jadi ayam turkey golek. Ala-ala kambing golek gitu..


CUBALAH!!!