Social Icons

Showing posts with label Teladan Hidup. Show all posts
Showing posts with label Teladan Hidup. Show all posts

Wednesday, April 13, 2011

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan..

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.



Sumber: Youtube.com

Friday, May 8, 2009

Golongan Yang Perlu Dijauhi

Mendengar radio ikim petang tadi, rasanya peringatan berikut boleh kita kongsi bersama.

Terdapat tiga golongan yang perlu kita jauhi:

1. Golongan yang menunggu kesalahan / kesilapan orang lain untuk disebar, dibesar-besarkan dan diwar-warkan.

2. Golongan yang mencari kesalahan / kesilapan orang lain untuk disebar, dibesar-besarkan dan diwar-warkan.

3. Golongan yang tidak sabar untuk menunggu atau mencari kesalahan / kesilapan orang lain, maka mereka mencipta kesalahan / kesilapan orang lain, kemudian menyebarkannya, memperbesar-besarkannya dan mewar-warkannya sehingga ia bagaikan sesuatu yang benar.

Marilah kita saling menasihati agar tidak termasuk dalam mana-mana golongan di atas. Jika ada di antara kita mungkin menghampiri atau telah termasuk dalam golongan yang tersebut, bantulah untuk mengeluarkannya.

Tuesday, April 7, 2009

WUDHUK ZAHIR DAN BATIN

Dipetik daripada email yang dikirimkan:

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air".

Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan":

1. aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ' Siratal
mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. Untuk munafaat kita bersama, Tolonglah sampaikan info daripada email ini kepada sahabat-sahabat.

Tuesday, December 9, 2008

Petua Sakinah







Terima dari email. Ingin dikongsikan bersama. Harap dapat disebarkan perkara yang baik ini.

ASSALAMUALAIKUM,
Subject: Petua untuk murah rezeki dan dijauhkan kesulitan

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah
didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Sebar-sebarkan kepada rakan-rakan dan saudara yang anda kenali.

Monday, October 13, 2008

Bila Pencen, Bukan Pencen segalanya...

Dua hari lepas ke rumah datuk saudara (Mantan Pengarah Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia) di Muar, Johor. Selain berjalan raya, juga bertujuan nak ambil Ayam Turkey untuk buat masak rendang. Semalam hari Minggu, dapat buat sedikit jamuan raya untuk rakan-rakan dan saudara.

Kalau dilihat kepada usaha-usaha yang dilakukan oleh beliau, jelas bahawa pencen, bukan penamat kerjaya kita (walaupun ramai berpandangan sedemikian). Bukan juga seperti pandangan kebanyakan orang, pencen hanyalah masa untuk habiskan sisa hidup di masjid dan surau sahaja.

Beliau telah usahakan penternakan beberapa jenis itik, ayam, burung, ikan dan lintah. Semuanya selain membolehkan beliau mengeluarkan peluh, juga mendatangkan pendapatan yang agak lumayan. Ayam Turkey je misalnya, dalam pasaran berharga lebih RM30 sekilo. Seekor ayam turkey yang berumur dalam lingkungan tujuh bulan hingga hampir setahun, beratnya sekitar 6 kilo. Itu dah hampir RM200.

Lintah pula khabarnya RM200 sekilo. Digunakan untuk tujuan penghasilan produk kosmetik. Kalau dijual di Singapura, boleh mencecah sehingga RM600 sekilo.

Telor itik angsa pula khabarnya digunakan untuk tujuan perubatan.

Sedang berehat


Persidangan Bahagian


Sedang berbincang halatuju pemuda


Perwakilan sedang berehat


Perbincangan ahli MT


Berlenggang pulang. Dah tamat persidangan.


Ang!.. Ang!.. Ang! gituler bunyi Angsa


Patut suaranya kuat, telor pun besar... (telor itik angsa)


Spesel ni... Ayam Turki


Kolam Ikan. Pelbagai ikan ada.


Kolam Penternakan Lintah


Kolam Penternakan Lintah


Burung Merpati pun ada..



Macam-macam ada!