Social Icons

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Wednesday, October 2, 2013

Teknik bijak bereskan kerja



Lihat graf usaha melawan ganjaran.

Anda dicadangkan selesaikan urusan dalam turutan berikut:

                              1. e kerana usaha yang sedikit mendapat ganjaran yang tinggi
                              2. d kerana ganjaran tinggi dan lebih mudah berbanding b
                              3. c kerana mudah dibandingkan dengan b
                              4. b kerana ganjaran lebih tinggi daripada a
                              5. a kerana tugas paling sukar dengan ganjaran setara dengan c


    Sumber: Rus Slater.(2013).Teknik Terhebat Bereskan Kerja.Batu Caves:PTS Profesional Publishing



Thursday, February 7, 2013

Menggunakan Aplikasi Android dan Apple Store pada komputer

Terdapat banyak aplikasi yang dihasilkan untuk kegunaan pada telefon pintar. Jika anda menggunakan OS Android, maka terdapat banyak aplikasi pada Google Play. Jika anda menggunakan Iphone, maka terdapat banyak aplikasi pada Apple Store. Namun aplikasi ini hanya boleh digunakan pada telefon pintar anda.

Adakah anda ingin menggunakan aplikasi-aplikasi berkenaan pada komputer anda (desktop mahupun lapptop)? Jika ya, bagaimana?

Sila lawati laman web http://www.bluestacks.com/ dan akan dipaparkan webpage berikut:


Sila buat pilihan berdasarkan OS pada sistem komputer anda, sama ada Windows base ataupun Mac base.
Selepas selesai download, sila install dan ikuti arahan yang dipaparkan.

Selamat mencuba!!!.

Contoh paparan bluestacks:



Sunday, May 20, 2012

Life Instrucitions

Life's Instructions

  • Have a firm handshake.
  • Look people in the eye.
  • Sing in the shower.
  • Own a great stereo system.
  • If in a fight, hit first and hit hard.
  • Keep secrets.
  • Never give up on anybody. Miracles happen everyday.
  • Always accept an outstretched hand.
  • Be brave. Even if you're not, pretend to be. No one can tell the difference.
  • Whistle.
  • Avoid sarcastic remarks.
  • Choose your life's mate carefully. From this one decision will come 90 per cent of all your happiness or misery.
  • Make it a habit to do nice things for people who will never find out.
  • Lend only those books you never care to see again.
  • Never deprive someone of hope; it might be all that they have.
  • When playing games with ! children, let them win.
  • Give people a second chance, but not a third.
  • Be romantic.
  • Become the most positive and enthusiastic person you know.
  • Loosen up. Relax. Except for rare life-and-death matters, nothing is as important as it first seems.
  • Don't allow the phone to interrupt important moments. It's there for our convenience, not the caller's.
  • Be a good loser.
  • Be a good winner.
  • Think twice before burdening a friend with a secret.
  • When someone hugs you, let them be the first to let go.
  • Be modest. A lot was accomplished before you were born.
  • Keep it simple.
  • Beware of the person who has nothing to lose.
  • Don't burn bridges. You'll be surprised how many times you have to cross the same river.
  • Live your life so that your epitaph could read, No Regrets
  • Be bold and courageous. When you look back on life, you'll regret the
  • things you didn't do more than the one's you did.
  • Never waste an opportunity to tell someone you love them.
  • Remember no one makes it alone. Have a grateful heart and be quick to acknowledge those who helped you.
  • Take charge of your attitude. Don't let someone else choose it for you.
  • Visit friends and relatives when they are in hospital; you need only stay a few minutes.
  • Begin each day with some of your favorite music.
  • Once in a while, take the scenic route.
  • Send a lot of Valentine cards. Sign them, 'Someone who thinks you're terrific.'
  • Answer the phone with enthusiasm and energy in your voice.
  • Keep a note pad and pencil on your bed-side table. Million-dollar ideas sometimes strike at 3 a.m.
  • Show respect for everyone who works for a living, regardless of how trivial their job.
  • Send your loved ones flowers. Think of a reason later.
  • Make someone's day by paying the toll for the person in the car behind you.
  • Become someone's hero.
  • Marry only for love.
  • Count your blessings.
  • Compliment the meal when you're a guest in someone's home.
  • Wave at the children on a school bus.
  • Remember that 80 per cent of the success in any job is based on your ability to deal with people.
  • Don't expect life to be fair.
Sumber: http://www.amazingposts.com/2007/07/lifes-instructions.html?m=1/

Tuesday, April 26, 2011

Saturday, May 15, 2010

Bank Emosi

Ceramah Motivasi oleh Ustaz Zamri dalam Radio IKIM.

Intipatinya adalah mengenai komunikasi sesama manusia.

Ustaz Zamri mencadangkan kita menyimpan deposit di Bank Emosi orang yang berhubungan dengan kita.
Caranya dengan melakukan/berbicara sesuatu yang baik pada orang yang kita berhubungan dengannya. Maka pada Bank Emosinya akan didepositkan kebaikan/pandangan baik terhadap kita.

Sebaliknya, perlu dijauhi pengeluaran daripada Bank Emosi rakan atau orang yang kita berkomunikasi dengannya. Pengeluaran deposit ini boleh berlaku apabila kita melakukan/membincangan sesuatu yang menyebabkan rakan atau orang yang kita berkomunikasi dengannya mempunyai pandangan buruk/tidak baik terhadap kita.

Analogi yang baik untuk kita aplikasikan.

Monday, March 1, 2010

21 Tips

Daripada email. Sesuatu yang baik untuk kita amalkan.


ONE. Give people more than they expect and do it cheerfully.

TWO. Marry a man/woman you love to talk to. As you get older, t heir conversational skills will be as important as any other.

THREE. Don't believe all you hear, spend all you have or sleep all you want.

FOUR. When you say, 'I love you,' mean it.

FIVE. When you say, 'I'm sorry,' look the person in the eye.

SIX. Be engaged at least six months before you get married.

SEVEN. Believe in love at first sight.

EIGHT. Never laugh at anyone's dreams. People who don't have dreams don't have much.

NINE. Love deeply and passionately. You might get hurt but it's the only way to live life completely.

TEN.. In disagreements, fight fairly. No name calling.

ELEVEN. Don't judge people by their relatives.

TWELVE. Talk slowly but think quickly.

THIRTEEN! .. When someone asks you a question you don't want to answer, smile and ask, 'Why do you want to know?'

FOURTEEN. Remember that great love and great achievements involve great risk.

FIFTEEN. Say 'bless you' when you hear someone sneeze.

SIXTEEN. When you lose, don't lose the lesson.

SEVENTEEN. Remember the three R's: Respect for self; Respect for others; and Responsibility for all your actions.

EIGHTEEN. Don't let a little dispute injure a great friendship.

NINETEEN. W hen you realize you've made a mistake, take immediate steps to correct it.

TWENTY. Smile when picking up the phone. The caller will hear it in your voice.

TWENTY- ONE. ;Spend some time alone.

Saturday, December 12, 2009

Animasi Online - mudah bonar!

Sila ke url http://www.picasion.com/
Paparan seperti di bawah kelihatan. Browse beberapa fail yang hendak anda jadikan animasi. Pilih Saiz dan Kelajuan (Speed). Klik create animation.
Dah siap. Bole save atau guna terus imej berkenaan secara online.
Selamat menggunakannya!

Tuesday, December 8, 2009

Thursday, July 9, 2009

Influenza H1N1 - Langkah Pencegahan

Poster oleh Kementerian Kesihatan Malaysia berikut boleh menjadi panduan kepada kita dalam mencegah penyebaran dan terkena jangkitan virus H1N1 (Influenza A).

Tuesday, May 26, 2009

Senaman Kempiskan Perut



Sumber: http://www.youtube.com

Tuesday, March 24, 2009

Kawal Kemarahan Kita

Jenis-jenis manusia berkaitan dengan sifat marah :

* Golongan Pertama: Tafrith

Iaitu mereka yang langsung tidak memiliki sifat marah. Apa jua yang berlaku disekelilingnya maka dia langsung tidak menunjukkan perasaan marah. Manusia jenis ini sama sekali tidak memiliki sikap pembelaan terhadap kebenaran. Dia tidak terasa tersinggung apabila agamanya diinjak-injak oleh musuh-musuh Islam. Golongan jenis ini juga apabila terjadi perlanggaran terhadap kehormatan diri mahupun ahli keluarganya maka dia akan menghadapinya dengan sikap yang penuh kebaculan dan terlalu merendah diri.

* Golongan kedua: Ifrath

Iaitu mereka yang tidak dapat mengawal perasaan marah lalu bersikap berlebih-lebihan sehingga hilang pengawalan akal yang waras terhadap dirinya. Golongan seperti ini akan berteriak dengan suara yang kuat serta mengeluarkan kata-kata kasar lagi kesat. Ada kalanya sehingga menyebabkan terjadinya pukul-memukul ataupun amukan yang dahsyat sehingga terjadi pertumpahan darah. Marah yang tidak dapat dikawal juga dapat membentuk perasaan dendam, benci dan dengki sehingga mendorongnya untuk melakukan pembalasan terhadap orang yang dimarahinya.


 

* Golongan ketiga: I'tidal

Iaitu golongan yang bersikap sederhana di antara tafrith dan ifrath. Mereka tidak menghilangkan sikap marah secara total tetapi hanya akan marah dalam situasi yang bersesuaian. Akal juga masih menguasai dirinya dan mereka sentiasa mengikuti batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.


 

Di antara cara mengawal perasaan marah adalah :

  1. Mengucapkan Ta'awudz (A'udzu billahi minasy syaithoonir rajeem - Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk). Ini adalah kerana perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan.
  2. Diam atau tidak berbicara.
  3. Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring.
  4. Mandi atau Berwuduk. Air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah
  5. Bertenang – tarik nafas dalam-dalam dan membuat kiraan hingga 10. Mengelakkan anda mengambil tindakan terburu-buru.
  6. membayangkan suasana yang menenangkan
  7. Jadilah seorang pendengar yang baik - terutamanya pada perkara-perkara yang boleh menyebabkan kemarahan. Jika anda dikritik, jangan melawan. Banyakkan mendengar dari pihak tersebut. Kekalkan ketenangan dalam diri.
  8. Luangkan masa untuk melakukan perkara-perkara yang anda suka seperti bercuti dan sebagainya untuk memperbaharui mood anda.
  9. Bijak mencari alternatif. Sebagai contoh, jika kesesakan jalan raya sering menyebabkan anda marah, gunakan pengangkutan lain sepenti komuter, LRT dan sebagainya untuk ke pejabat.
  10. Cuba pertimbangkan keadaan yang menyakiti hati itu daripada semua sudut pandangan, bukan saja daripada diri anda, malahan dari sudut orang yang menimbulkan kemarahan anda.
  11. Ambil tindakan positif untuk memperbaiki keadaan itu selepas anda sudah berada dalam keadaan fikiran lebih terkawal.
  12. Keletihan membuatkan anda lebih cepat marah dan mudah menjadi marah. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan makan makanan berkhasiat.
  13. Wujudkan satu program senaman yang tetap untuk melepaskan ketegangan dan sifat agresif masih ada secara fizikal.
  14. Jangan melihat sesuatu keadaan dengan terlalu serius. Cuba cari sesuatu yang melucukan kerana ketawa boleh melenyapkan kemarahan dengan cepat.
  15. Banyakkan berzikir, bertasbih dan bertahmid.
  16. Banyakkan bersabar kerana sabar itu separuh daripada IMAN.
  17. Banyakkan makan sayur, daging putih (ayam, ikan , daging arnab dsb) dan sup.
  18. Kurangkan memakan garam, cili, daging merah (daging lembu, daging rusa, unta dsb), halia, rempah kari / sambal dan bawang dalam masakan.
  19. Jangan tinggal Solat lima waktu, banyakkan solat-solat sunat dan solat hajat.
  20. Selalu menghadiri kelas agama dan berdamping dengan mereka yang selalu ke masjid.
  21. Selalu berbincang seseorang yang anda percaya untuk meluahkan masalah anda. Masalah memerlukan penyelesaian, bukannya dipendam di dalam diri.
  22. Marahlah dengan cara yang wajar dan terkawal tanpa diikuti dengan kekerasan atau kata-kata kesat. Tapi usah memendamnya kerana kemarahan yang tidak diluahkan akan memberi kesan negatif terhadap seorang individu itu.


 

Friday, January 30, 2009

Google Calculator

Ingin mengira sesuatu, tetapi tiada kalkulator di sisi.
Jangan susah-susah je... gunalah search engine google bagi membuat kiraan untuk anda.

Berikut contoh 3 kiraan yang dilakuklan oleh google. Cuma taip je seperti contoh dalam bulatan, dan tekan kekunci Enter.

Mudah kan.








Selamat Mencuba!

Tuesday, November 18, 2008

Sihat Jantung

Dapat maklumat bahawa ini adalah antara makanan untuk penjagaan kesihatan. Di sebelah negara arab, terutamanya Palestin, ramai yng mengamalkan makanan ini sebagai sarapan harian mereka. Khasiatnya ialah menyihatkan jantung. Rempahnya juga boleh menyegarkan mulut dan bau nafas.


Ianya adalah roti (bagus juga kalau roti Perancis atau roti berserat), minyak zaitun dan rempah ratus.



Ni rempah ratusnya..


Ni pulak, minyak zaitunnya..


Nak tahu banyak tentang khasiat minyak zaitun?... ha... search la kat google nuu....

Cara nak makan mudah je... Cicah je roti tu kat minyak zaitun, pastu cicah plak kat rempah tu.. Pastu masuk mulut dan kunyah je lah.. Cubalah!



Ha... dah licin. Sapa abiskan ni wooiii... aku belum makan da....




Tuesday, November 4, 2008

Bagaimana Mendapat Kejayaan Cemerlang

Tips mendapat kejayaan cemerlang:
  1. Kejayaan bermula dari fikiran anda
  2. Selalulah berfikir tentang kejayaan
  3. Berfikir secara POSITIF
  4. Bergaul dengan orang-orang yang positif
  5. Sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan
  6. Mempunyai matlamat hidup - TEPAT dan TETAP
  7. Sanggup hadapi apa saja CABARAN
  8. Mempunyai KESUNGGUHAN dan MINAT yang mendalam
  9. Jangan tamak - mahu menguasai semua perkara dalam sesuatu masa
  10. Menyintai matlamat anda
  11. Percaya akan berjaya mencapai matlamat
  12. Rahsiakan matlamat anda
  13. Belajar dari orang-orang yang berjaya
  14. Mencari banyak pengetahuan
  15. BERTINDAK untuk mencapai kejayaan
  16. Bertindak SEGERA
  17. Tentukan waktu pencapaian matlamat
  18. Gol besar - puncak kejayaan. Gol kecil - kejayaan-kejayaan kecil sebelum kejayaan besar
  19. Perancangan - rancang cara-cara mencapai kejayaan
  20. Setiap hari tingkatkan dan semakin dekatkan diri kepada kejayaan
  21. Nilai pencapaian semasa anda 
  22. Bina imej diri cemerlang
  23. Pakaian - bersih dan kemas - seperti orang-orang yang berjaya
  24. Jangan cakap besar, tapi berfikir besar
  25. Jujur dan amanah
  26. Sentiasa berdoa kepada Allah. Doa seiring keimanan dan amalan
  27. Cari tempat sunyi dan selesa - capai taraf rehat paling tinggi - masukan fikiran-fikiran baru
SELAMAT BERJAYA CEMERLANG!!!

Monday, November 3, 2008

Sukses Dalam Cabaran

  1. Kembangkan sikap positif. Minat terhadap apa yang anda lakukan.
  2. Tingkatkan pengetahuan dan ketrampilan. Mengamalkan pengetahuan  
  3. Kembangkan keinginan untuk unggul. Berusaha melakukan yang terbaik.
  4. Bekerja berdasarkan jadual. Patuhi jadual anda sendiri. Mulakan dengan sesuatu yang baik, kemudian bergerak dengan suatu kecepatan yang teratur dan mantap dan akhirinya dengan sasaran menuju garisan penamat.
  5. Menetapkan keutamaan. Agak sukar melakukan banyak kerja dalam satu masa. Jadi, lakukan mengikut keutamaan.
  6. Menetapkan matlamat / sasaran yang kuat. Ia akan menjadi pendorong tindakan anda.
  7. Mencipta lingkungan / persekitaran yang membantu. akan memudahkan anda mencapai matlamat anda.
  8. Berjuang mencapai kesempurnaan walaupun dalam perkara-perkara kecil. Hal-hal kecil dan remeh boleh menyebabkan anda tersasar daripada matlamat anda. 
  9. Mengetahu gambaran keseluruhan  - bukan hanya sebahagian. Menjadi panduan melaksanakan tindakan-tindakan anda.
  10. Mengguna sebanyak mungkin pancaindera anda. Meningkatkan keberkesanan dan laluan pantas menuju matlamat.
  11. Selalu menguji diri anda. Kembalikan diri ke laluan sebenar jika telah tersasar.
  12. Kembangkan daya konsentrasi. Fokus terhadap apa yang dilakukan akan mengelakkan anda tersasar dan melambatkan pencapaian matlamat.
  13. Setiap orang dapat melakukannya jika bersedia mengorbankan waktu dan usaha untuk sesuatu hal itu.
Hadapi cabaran anda!!! Moga terus sukses!

Berjaya Dalam Pembelajaran

Berikut adalah antara amalan yang perlu dilaksanakan dan diberi perhatian untuk berjaya dalam proses pembelajaran anda:

  1. Mempunyai Jadual Waktu Peribadi
  2. Patuh kepada Jadual Waktu Peribadi anda
  3. Nilai aktiviti harian anda - perbaiki kekurangan yang ada
  4. Mengetahui ruang lingkup mata pelajaran anda
  5. Belajar dengan konsisten sejak awal
  6. Jangan tangguh-tangguhkan kerja
  7. Sentiasa mengulangkaji
  8. Keselesaan semasa belajar
  9. Dapatkan keselesaan hati dan fikiran
  10. Mempunyai penasihat / kaunselor peribadi - kawan, ibu bapa, guru dll
  11. Mempunyai kumpulan perbincangan - 'study' sebelum perbincangan. Perlu pengerusi untuk kendali perbincangan secara teratur dan tidak menyeleweng
  12. Bermotivasi
  13. Berfikiran Positif
  14. Menyelesaikan tanggungjawab-tanggungjawab yang perlu dibereskan - agar tidak mengganggu tumpuan anda
  15. Berdisiplin - patuh kepada peraturan
SELAMAT BERJAYA!!!

Tuesday, September 16, 2008

Menjadi Pemimpin Yang Baik

Mengikuti perkembangan-perkembangan semasa yang berlaku dalam negara, dan gejolak rasa yang bertalu-talu yang menyerang ketenangan diri kebelakangan ini, maka tidak sukar untuk kita mengakui bahawa inilah pertama kali (sejak tahun 1970) dalam melalui liku-liku kehidupan di Malaysia bumi yang bertuah ini (kerana dikurniakan pelbagai kelebihan oleh Allah s.w.t), ramai di antara kita terasa seakan negara ini dalam keadaan yang "perlu diselamatkan segera".

Negara dipimpin oleh pemimpin. Memang umum tahu tidak mudah menjadi seorang pemimpin, apatah lagi jika hendak diiktiraf rakyat sebagai negarawan ulung. Namun, untuk menjadi pemimpin yang baik, kita tidak perlu mensasarkan hingga ke tahap diiktiraf negarawan ulung. Berusaha memenuhi prinsip-prinsip seorang pemimpin yang baik sudah memadai dan tentu saja bisa menyenangkan hati rakyat marhaen.


Mari kita renungi artikel berikut: Moga kita semua menjadi pemimpin yang baik. Sekurang-kurangnya bagi diri sendiri dan keluarga.


1. Tajam pemikiran.

Dapat membaca masa hadapan berdasarkan pemahamannya terhadap suasana semasa. Mampu memahami isu-isu semasa dengan baik dan membuat persiapan terhadap sebarang kemungkinan. Pujangga Islam ada menyebut, “Orang yang tajam pemikirannya memahami perkara sebelum ia berlaku dan orang awam memahami perkara setelah ia berlaku”.


2. Pandangan helang.

Mempunyai kuasa maklumat di hujung jari-jemarinya. Pendengar yang baik dan mampu mengenalpasti punca masalah dengan cepat. Boleh menganalisis persekitaran dan menyesuaikan tindakannya dengan persekitaran tersebut umpama seekor helang yang melihat ke bawah dari langit yang tinggi.


3. Kreatif dan inovatif

Kreatif bermaksud mencetus sesuatu idea yang baru, manakala inovatif bermaksud melaksanakan pembaharuan kepada sesuatu yang sedia ada. Pemimpin yang kreatif adalah pemimpin yang memimpin dan bukan dipimpin. Ia mendahului dan mempunyai wawasan. Pemimpin sebegini biasanya diikuti kerana dia berjaya mengukir imej dan persepsi yang jelas dalam minda pengikutnya tentang matlamat yang hendak diperjuangkan.


4. Berani mengambil risiko.

Peluang sentiasa muncul di depan mata. Tetapi tidak semua yang berupaya membezakan antara peluang dan ancaman. Pemimpin yang biasa hanya melihat ancaman dalam sesuatu krisis. Namun pemimpin yang baik dapat melihat peluang dalam sesuatu krisis. Sifat bijak mengeksploitasi peluang untuk mendapatkan hasil yang maksimum dan berani berhadapan risikonya adalah ciri-ciri seorang pemimpin berkarisma.


5. Tahu keutamaan.

Berfikir secara sistematik amat penting apabila seseorang berhadapan dengan pilihan sedangkan ia perlu dilakukan dengan pantas dan tepat. Pemimpin yang berkarisma tidak mudah melatah. Dia tahu mendahulukan apa yang utama. Namun begitu, dia tidak mengenepikan hal yang remeh.


6. Keperibadian yang tinggi.

Keperibadian atau akhlak yang tinggi adalah tunjang kepercayaan orang lain kepada kita. Antara sifat-sifat keperibadian yang tinggi adalah sabar, tegas, berani dan bertimbang rasa. Pemimpin yang memiliki keperibadian yang tinggi dilihat sebagai pemimpin yang berkarisma. Kata Imam Al-Ghazali, “tongkat yang bengkok tidak mungkin menghasilkan bayang-bayang yang lurus.”


7. Kemahiran berinteraksi

Kebanyakan pemimpin yang hebat adalah orang yang bijak berkomunikasi. Kehadiran mereka sentiasa menjadi tumpuan ramai. Pemimpin yang hebat bukan sahaja bijak berinteraksi secara lisan, malah bahasa badan mereka juga menonjolkan karisma pada diri mereka.


8. Keimanan yang teguh

Karisma juga dapat dilihat pada wajah orang yang dekat dengan Allah. Mereka dikatakan mempunyai ‘nur’ atau cahaya pada wajahnya. Keimanan yang teguh di dalam hati mereka terpancar pada rupa fizikal mereka. Kebiasaannya mereka kelihatan tenang dan meyakinkan.


9. Melebarkan kepimpinan

Sifat ini termasuk dalam kebijaksanaan seorang pemimpin, iaitu mengatur pengganti-penggantinya. Jika dia seorang yang berpengetahuan, dia berkongsi dengan pengikutnya. Jika dia mempunyai kemahiran, dia menurunkan kepada anak buahnya. Dalam kata lain, dia menyediakan barisan pelapis yang sama hebat atau lebih hebat daripadanya. Dengan yang demikian, sesebuah organisasi tidak hanya bergantung pada seseorang dan akan bertambah cemerlang selangkah dengan peredaran masa.


Artikel ini dipetik daripada Universiti Pengurusan Profesional:

http://uniprof.wordpress.com/2007/12/31/karisma-seorang-pemimpin/