Social Icons

Saturday, November 29, 2008

Tuntutlah ilmu walau hingga ke Negeri China

Buat renungan diri saya sendiri dan sahabat-sahabat semua

Untuk Berjaya Di Dunia
Hendaklah Berilmu

Untuk Berjaya Di Akhirat
Hendaklah Berilmu

Untuk Berjaya Di Dunia & Akhirat
Hendaklah Berilmu


Ilmu yang diperolehi perlulah diamalkan untuk menjadikannya bermanfaat dan bermakna bukan sahaja untuk diri kita, malahan lebih bermakna jika bermanfaat untuk diri orang lain. Mari bersama berkongsi ilmu yang kita perolehi. Moga kita semua terus berjaya dalam hidup baik di dunia, apatah lagi di akhirat kelak.

Friday, November 28, 2008

Burj Al-Arab


Hotel Burj Al-Arab, Dubai, Emeriah Arab Bersatu.
Hotel 7 Bintang. Dibina atas pulau buatan.
Nak masuk melawat pun khabarnya kena bayar RM200.00.


Nak menginap di sini? Sebulan gaji pun tak cukup nak bayar harga biliknya...
Tu baru bilik biasa... ada bilik yang sebulan gaji Perdana Menteri Malaysia pun belum cukup untuk bayar harga bilik penginapannya. Kenapa mahal sangat tu? Mari kita lihat apa hebatnya..

Bahagian lobby dan atasnya

Pandangan-pandangan dari dalam hotel
(klik gambar untuk gambar besar)





Mari kita lihat gambar-gambar pandangan dalam bilik pula.


Di bawah ni gambar bilik air


Kalau tak puas mandi kat bilik air tu, boleh mandi kat Swimming Pool ni ha...

Lift Hotel

Bersenam kat Gym

Tak puas kat Gym, boleh main tenis kat sini ha...

Kemudahan lain:

Restoran


Bilik Mesyuarat

Inilah keindahan mahligai buatan manusia di dunia. Keindahan Mahligai Allah di Syurga tentu tak terbayangkan oleh kita akan maha hebatnya. Bayaran masuk, fikir-fikirkanlah...



Gambar-gambar diperolehi melalui carian imej di http://images.google.com.my/

Sunday, November 23, 2008

Jangan Sukarkan Yang Halal & Mudahkan Yang Haram

Buat renungan dan tindakan kita semua:

Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah apabila dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal. Sedangkan Islam menyuruh kita membentuk suasana atau iklim kehidupan yang menyukarkan yang haram dan memudah yang halal. Itulah tanggungjawab pemerintah dan umat iaitu menegak yang makruf dan mencegah yang munkar.

Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke arah tersebut. Sementara mencegah yang munkar adalah dengan cara menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun, jika masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita begitu menjauhi ruh syariat islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah s.w.t.

Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin (Mufti Kerajaan Negeri Perlis)

Sumber: http://drmaza.com/home/?p=501              27/11/2008 11:55am

Tuesday, November 18, 2008

Sihat Jantung

Dapat maklumat bahawa ini adalah antara makanan untuk penjagaan kesihatan. Di sebelah negara arab, terutamanya Palestin, ramai yng mengamalkan makanan ini sebagai sarapan harian mereka. Khasiatnya ialah menyihatkan jantung. Rempahnya juga boleh menyegarkan mulut dan bau nafas.


Ianya adalah roti (bagus juga kalau roti Perancis atau roti berserat), minyak zaitun dan rempah ratus.



Ni rempah ratusnya..


Ni pulak, minyak zaitunnya..


Nak tahu banyak tentang khasiat minyak zaitun?... ha... search la kat google nuu....

Cara nak makan mudah je... Cicah je roti tu kat minyak zaitun, pastu cicah plak kat rempah tu.. Pastu masuk mulut dan kunyah je lah.. Cubalah!



Ha... dah licin. Sapa abiskan ni wooiii... aku belum makan da....




Sunday, November 16, 2008

Biar Buta Mata, Jangan Buta Hati

Terima melalui email. Mari kita renung dan kongsikan bersama.

There was a blind girl who hated herself because she was blind. She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always there for her. She told her boyfriend, 'If I could only see
the world, I will marry you.'

One day, someone donated a pair of eyes to her. When the bandages came off, she was able to see everything, including her boyfriend.

He asked er,'Now that you can see the world, will you marry me?' The girl looked at her boyfriend and saw that he was blind. The sight of his closed eyelids shocked her. She hadn't expected that. The thought of looking at them the rest of her life led her to refuse to marry him.

Her boyfriend left in tears and days later wrote a note to her saying: 'Take good care of your eyes, my dear, for before they were yours, they were mine.'

This is how the human brain often works when our status changes. Only a very few remember what life was like before, and who was always by their side in the most painful situations.


Life Is a Gift


Today before you say an unkind word - Think of someone who can't speak.


Before you complain about the taste of your food - Think of someone who has nothing to eat.


Before you complain about your husband or wife - Think of someone who's crying out to GOD for a companion.


Today before you complain about life - Think of someone who died too early on this earth.


Before you complain about your children - Think of someone who desires children but they're barren.


Before you argue about your dirty house someone didn't clean or sweep - Think of the people who are living in the streets.


Before whining about the distance you drive Think of someone who walks the same distance with their feet.


And when you are tired and complain about your job - Think of the unemployed, the disabled, and those who wish they had your job.


But before you think of pointing the finger or condemning another - Remember that not one of us is without sin.


And when depressing thoughts seem to get you down - Put a smile on your face and think: you're alive and still around.



Saturday, November 15, 2008

Anti Virus Palsu

Pernahkah ketika anda sedang melayari internet, tiba-tiba muncul satu 'pop up screen' yang menyatakan komputer anda diserang spyware atau virus atau muncul 'pop up screen' menawarkan proses pengimbasan virus atau spyware secara percuma. Anda kemudiannya dimaklumkan komputer dijangkiti virus atau spyware. Untuk menghapuskannya, anda perlu mengklik untuk proses selanjutnya.. dan akhirnya kepada cadangan anda membayar untuk mendapatkan perisian berkenaan.

Itu adalah satu contoh anti virus palsu. Dalam kebanyakan kes, tidak wujud pun virus atau spyware seperti yang didakwa oleh mesej berkenaan. Apa yang dikehendaki mereka ialah anda mengklik pada pop up mesej berkenaan dan dengan berbuat demikian, anda mungkin telah membenarkan proses yang tidak baik berlaku terhadap komputer anda. Komputer anda mungkin sedang diintip (spyware). Maklumat peribadi dan kewangan anda mungkin sedang disalin(maklumat ini boleh dijual pada pihak ketiga) atau mungkin virus telah disebarkan ke sistem komputer anda. Kadangkala ia menyebabkan sistem komputer menjadi lembab dan lebih teruk sistem menjadi 'hang'.

Perisian virus palsu biasanya dilaksanakan oleh Trojan (sejenis program yang mengambil alih kawalan ke atas komputer anda). Kadangkala attachment pada email mengandungi Trojan ini.

Kesan seterusnya ialah anda akan didatangi pop up mesej sedemikian berulangkali walaupun tidak lagi online. Symptom-symptom lain seperti icon pada desktop atau wallpaper yang baru atau homepage web browser anda dihalakan ke page tertentu.


Cadangan Mengatasi:

1. Gunakan Mozilla Firefox berbanding menggunakan Internet Explorer. Internet Explorer sentiasa menjadi sasaran hacker. Pilihan lain ialah Google Chrome dan Flock.

2. Pastikan anda mempunyai perisian anti virus yang boleh dipercayai dan sentiasa dikemaskini. Sila gunakan firewall yang baik.

3. Jangan sesekali membuka attachment email anda kecuali anda tahu sumbernya dari sumber yang boleh dipercayai.

4. Jangan klik sebarang pop up mesej. Jangan klik pada butang X merahnya. Ia bukan butang close sebenar. Ia hanya imej yang mempunyai link ke laman atau perlaksanaan program tertentu. Guna kekunci Ctrl + F4 untuk menutupnya.

5. Berhati-hati dengan pop up mesej anti virus, walaupun ia menggunakan jenama dikenali seperti Grisoft AVG, Norton, McAfee dan sebagainya, kerana ia mungkin bukan daripada pengeluar yang sebenar.

6. Jangan download sebarang freeware atau shareware kecuali daripada sumber yang telah dikenali. gunakan laman web yang dipercayai seperti download.com, versiontracker.com dan lain-lain lagi. Kebiasaannya, perisian freeware dan shareware datang bersama spyware, adware dan perisian anti virus palsu.

7. Jauhi laman web yang meragukan. Seetengah laman web akan tersu memuat turun perisian ke komputer anda apabila anda memasukinya.

8. Tetapkan setting security web browser anda pada tahap lebih tinggi.


9. Semak senarai perisian meragukan / palsu dilaman web berikut:

http://spywarewarrior.com/rogue_anti-spyware.htm

Jika komputer anda telah diserang, berhenti menggunakannya, dapatkan bantuan daripada pihak teknikal yang berkenaan. Terus menggunakannya akan boleh menyebabkan kesan kerosakan yang lebih besar.

Semoga maklumat ini berguna kepada anda semua.