Social Icons

Saturday, October 11, 2008

Datuk Shah Rukh Khan


Baru semalam berbual dengan seorang rakan (Prof. Madya... ) di Restoran Nasi Kandar Subaidah, MITC. Dia ada maklumkan Melaka akan beri gelaran Datuk kepada SRK. Aku senyum je... ingatkan dia bergurau je... Pagi ni dengar radio pasal ni.. pastu dalam akhbar pun ada... Sah bukan gurauan lagi...Mungkin ramai lagi macam aku yang ingatkan ni cerita lawak je... So, untuk puas hati, aku cuba cari sebab kenapa dalam ramai-ramai rakyat Melaka, gelaran ini diberikan kepada SRK?. So, berdasarkan Berita Harian adalah seperti berikut:
------------------------------------------------------------------------------------------

Shah Rukh Khan terima darjah Melaka bawa gelaran Datuk

Oleh Amirullah Andi Nur

MELAKA: Artis Bollywood, Shah Rukh Khan, menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, hari ini.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Saadon Basirun, berkata penganugerahan itu sebagai menghargai sumbangan Shah Rukh Khan terhadap perkembangan pesat industri filem Hindustan di rantau ini, termasuk Malaysia.

"Bagaimanapun tarikh majlis penyampaian anugerah itu belum ditentukan lagi," katanya pada sidang media di Seri Negeri, Ayer Keroh dekat sini, semalam.

Selain Shah Rukh Khan, tiga artis veteran tanah air pula menerima Darjah Seri Melaka (DSM). Mereka ialah Goh Eng Boon atau lebih dikenali Henry Goh; Jantan Osman atau lebih popular dengan panggilan Ali Mamak dan penyanyi keroncong, Mariam Ahmad. Saadon turut mengesahkan tiada pemimpin dan ahli Umno disenaraikan untuk menerima anugerah tahun ini kerana Kod Etika Pemilihan Umno tidak membenarkan anggota parti itu dianugerahkan darjah dan pingat kebesaran negeri.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Tahniah lah kepada SRK. Sebab SRK diberi gelaran adalah kerana menghargai sumbangan Shah Rukh Khan terhadap perkembangan pesat industri filem Hindustan di rantau ini, termasuk Malaysia. Rasanya lepas ni akan ramai lagi artis-artis luar negara akan terima gelaran Datuk. Kalau kira sumbangan perkembangan industri hiburan terhadap kawasan rantau ni, makanya ramai artis luar yang hebat akan masuk list untuk gelaran tu. di masa hadapan.. dari Indonesia, Thailand, Korea, Jepun, USA , India dan lain-lain lagi... Itu jika berdasarkan sebab tersurat.

Dari sudut positifnya, tentu ada sebab tersirat yang menyebabkan penganugerahan ini. Mungkin sebagai promosi pelancongan, mungkin juga sebab minat, mungkin atas pelbagai sebab lagi... Hanya KM Melaka dan Kerajaan Negeri Melaka mengetahui sebab tersiratnya.

Moga Melaka terus maju.

Tabik korang kerana ingatkan aku yang jauh ini..


Hei!, berhati-hati dengan apa yang anda fikirkan..

Jika anda tidak pasti atau tidak tahu, lebih baik diam.


GOOD LUCK TO ALL!!! TAHNIAH KEPADA SEMUA PENERIMA DARJAH KEBESARAN. MOGA TERUS MEMBERIKAN SUMBANGAN POSITIF KEPADA NEGERI DAN NEGARA.

Thursday, October 9, 2008

Road Walk Ipoh

Pernah dengar tentang Road Walk Penang?
Memang famous.

Baru-baru ni, ketika balik raya dari kampung, sempat singgah bermalam di Ipoh. Bukan dirancang, tapi terpaksa kerana kesesakan yang amat teruk. Selepas bertolak sekitar jam 8.00 malam dari Penang, jam 12.30 malam baru tiba di Jelapang... Mau tak mahu, terpaksalah cari tempat bermalam.

Esok paginya, bila nak beli makanan dekat warung mamak berdekatan, baru perasan rupanya ada road walk seakan di Penang...



Ramainya pengunjung setia ke road walk Ipoh nih... pagi-pagi lagi dah penuh sesak.



Motor Jerman pun ada..



Ada yang berkenan di hati ka?



Macam-macam ada... Barang-barang lama, barang antik, kat sini kira biasa...





Album piring hitam... ada yang lebih 40 tahun usianya..



Kalau barang terpakai, memang berlambak la..



Aksesori kereta pun ada..



Yang minat dengan cincin batu, macam-macam batu ada... zamrud ada, delima ada, akik ada, nilam ada, pirus ada, diamond ada... Pilih ja batu, lepas tu boleh terus ikat pada cincin.



Mesin pemotong, mesin pengering, mesin pengisar, mak datuk mesin pun ada..



Macam-macam remote ada...



Kasut terpakai memang banyak dok ada... Yang kilat ada, ang kusam ada.. yang ketat ada.. yang longgar ada... pendek kata macam-macam ada... panjang kata, tak tau la...



Bila cuaca makin panas, kesesakan pun berkurang..
Nak makan, warung-warung berdekatan, banyak dok ada.. bihun sup, pulut kuning, keropok lekor, mee rebus, air panas, air sejuk semua ada... singgah-singgahlah kat sana.

Kalau rasa nak menginap/bermalam, hotel berdekatan ialah Golden View dan Ipoh City. Pilih la mana suka...














Saturday, September 27, 2008

Seagaia Ocean Dome, Miyazaki, Japan


The Seagaia Ocean Dome was the world's largest indoor waterpark, located in Miyazaki, Miyazaki, Japan. The Ocean Dome, which is a part of the Sheraton Seagaia Resort, measures 300 metres in length and 100 metres in width, and is listed on the Guinness World Records. It opened in 1993, and visitor numbers peaked in 1995 at 1.25 million a year.

The Ocean Dome sported a fake flame-spitting volcano, artificial sand and the world's largest retractable roof, which provided a permanently blue sky even on a rainy day. The air temperature was always held at around 30 degrees celsius and the water at around 28.


Entrance cost was ¥2600 per adult and ¥1600 for children, depending on the season.

Kegagalan Kejuteraan Di Korea


Harap ia tidak akan berlaku di Malaysia.
Tidak sekarang dan tidak di masa hadapan.














Monday, September 22, 2008

Google Chrome - New Web Browser

Click Here to download Google Chrome




Google Chrome is a browser that combines a minimal design with sophisticated technology to make the web faster, safer, and easier.


One Box For Everything


Web search. Web history. Address bar. Suggestions as you type. One unified box serves all your browsing needs.





New Tab Page

Every time you open a new tab, you'll see a visual sampling of your most visited sites, most used search engines, and recently bookmarked pages and closed tabs




Application Shortcuts
Use web apps without opening your browser. Application shortcuts can directly load your favorite online apps.




Dynamic Tabs

You can drag tabs out of the browser to create new windows, gather multiple tabs into one window or arrange your tabs however you wish -- quickly and easily.




Crash Control

Every tab you're using is run independently in the browser, so if one app crashes it won't take anything else down.





Incognito Mode

Don't want pages you visit to show up in your web history? Choose incognito mode for private browsing.







Safe Browsing


Google Chrome warns you if you're about to visit a suspected phishing, malware or otherwise unsafe website.





Instant Bookmarks

Want to bookmark a web page? Just click the star icon at the left edge of the address bar and you're done.






Importing Settings

When you switch to Google Chrome, you can pick up where you left off with all the bookmarks and passwords from your existing browser.






Simpler Downloads


No intrusive download manager; you see your download's status at the bottom of your current window.