Social Icons

Saturday, August 8, 2009

Sudah-sudahlah tu!




Jangan cakap pasal politiklah.
Lihat dari sudut peranan dan tanggungjawab kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang mempunyai kuasa untuk menjadikannya kenyataan.

Dah tiba masanya, kedai 24 jam, 7 Eleven Malaysia tidak menjual arak / minuman keras dalam premis mereka. Setakat yang saya pernah lihat, semua 7 Eleven pekerjanya adalah orang Melayu Islam.

Orang Islam bukan setakat tidak boleh minum arak / minuman keras, malahan menjualnya pun sudah menjadi subhah.

Kalau boleh wujudkan kedai-kedai judi berlesen (sport toto, 4D, dsbnya. yang bersepah di seluruh negara, maka buatlah kedai arak berlesen. Hanya kat situ je boleh jual arak. Di kedai-kedai runcit, kedai serbaneka 24 jam dan yang sewaktu dengannya dilarang. Sepatutnya boleh buatlah, sebab Malaysia ni kan sebuah negara Islam. Apa guna sebut nama negara Islam kalau Islam jadi perkara kedua atau berikutnya... Jadi kalau masing-masing masih berdolak-dalik, masih lihat dari sudut politiklah namanya tu. Politik nombor satu. Agama muncul kemudiannya. Jadi jangan cakaplah pasal memperjuangkan Islam... korang semua sama sajalah.

Thursday, August 6, 2009

Geragau - enak tapi bersihkah?

Email daripada seorang sahabat. Menurutnya gambar diambil ketika lawatan ke sebuah daerah di Larut Matang dan Krian, Perak.

Mungkin kita perlu fikirkan lebih serius dari sudut kebersihan dan kesihatan disamping memikirkan enaknya memakan geragau yang menjadi ramuan penyedap dalam masakan nasi goreng, resepi kuah mee, sambal dan lain-lain lagi.

Geragau yang dijemur hanya di atas kanvas nipis, di atas tanah yang mudah dicemari kotoran bila ditiup angin, pekerja yang memijak geragau dengan kasut yang sama digunakan berjalan di atas tanah dan kawasan sekitar, anjing yang berkeliaran memijak geragau dijemur dan ....... siap 'melepaskan hajat' di kawasan berhampiran. Tidak mustahil mungkin pernah 'melepas' kat atas geragau tuh...

Tidak hairanlah dengan pelbagai penyakit yang muncul sekarang ni. Kita cakap je kebersihan adalah sebahagian daripada iman... Ramai kita tak lagi fikirkan pasal kebersihan lagi bila dah berselera nak makan.














Saturday, August 1, 2009

I Wanna Be Somebody

Sumber: http://www.youtube.com/watch?v=4nW3D5sXZgE



Ku bertanya pada diri
Apa nak jadi bila besar nanti
Oh jawabnya I wanna be somebody

Bila ku sedar kemampuan
Tak sebijak persis insan lain
Membuat citaku tak kesampaian

Mujurlah sempat ku kikis sikap itu
Masa depanku aku yang menentukannya
Kejayaan bukan percuma
Malas usaha kelompang jiwa

Telah ku bukti pada semua
Bersungguh pasti kan berjaya
Ku kini mampu melakukannya

Jangan jemu pada ilmu
Dengannya kita akan dimulia
Jadilah orang yang berguna

Tuhan tak akan mengubah nasib kita
Selagi tak usaha kepada yang lebih baik
Jika tak tahu bertanya orang bijaksana
Setelah berjaya..janganlah alpa

Saat ini ku bertanya
Apakah kegagalan itu hina
Oh kerananya I gonnna be somebody

Senilagu: Aidit Alfian
Senikata: Nordin Hj Jaafar
Vokal: Deen/ Axis/ K
Kumpulan: Alarm Me

Thursday, July 30, 2009

Rasulullah

Sumber: http://www.youtube.com/watch?v=3B6nqLeJ8RA

Thursday, July 23, 2009

Situasi Semasa Pandemik (H1N1) 2009 Dan Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia 23 Julai 2009

Sumber: Laman Web Rasmi Influenza A (H1N1)
(http://h1n1.moh.gov.my/KenyataanAkhbarTerkini.php)

Sejumlah 18 kes baru influenza A(H1N1) telah dilaporkan di mana 17 kes adalah kes jangkitan tempatan dan hanya 1 kes import. Kes import ini adalah dari seorang warganegara Malaysia yang baru kembali bercuti dari London. Daripada 17 kes jangkitan tempatan, 13 kes yang dilaporkan adalah daripada 4 kluster manakala 4 kes adalah kes-kes sporadic atau terpencil.

Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia sehingga 23 Julai 2009, adalah berjumlah 939 kes yang terdiri daripada 573(61%) kes import dan 366(39%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, hanya 11 kes atau 1% sahaja sedang menerima rawatan anti-viral di hospital. Baki 922 kes atau 98% telah sembuh dan 5 kes atau 1% menerima rawatan pesakit luar di rumah masing-masing.

Maklumat berkaitan 13 kes tempatan daripada 4 kejadian kluster di negeri Melaka adalah seperti berikut:

1. Lima (5) kes daripada kluster di kalangan pelajar Maktab Perguruan Durian Daun, Melaka. Maktab Perguruan ini mempunyai seramai 1,878 pelatih dan sejumlah 130 kes bergejala ILI dikesan sejak 20 Julai 2009. Sebanyak 5 sampel telah diambil dan kelima-limanya didapati positif jangkitan influenza A(H1N1). Semua pelatih yang bergejala ILI telah diberi rawatan simptomatik sebagai pesakit luar dan dikuarantin di asrama maktab berkenaan untuk membendung penularan influenza A(H1N1).
2. Empat (4) kes daripada kluster yang berlaku di kalangan 1,258 pelajar Kolej Yayasan Mara, Melaka. Seramai 33 pelajar telah dilaporkan menghidap jangkitan ILI dan dari 5 sampel random yang diambil, 4 adalah positif jangkitan influenza A(H1N1). 32 pelajar kes ILI telah dikuarantin di bilik isolasi di Asrama kolej tersebut sejak 21 Julai 2009 sementara seorang pelajar telah dimasukkan ke Hospital Melaka dan sedang menerima rawatan antiviral.
3. Tiga (3) kes daripada kluster di kalangan pelajar penghuni Asrama Kolej Professional Mara, Melaka. Asrama ini mempunyai 161 orang penghuni (153 pelajar dan 8 staf) dilaporkan mempunyai 41 kes ILI. Tiga (3) sampel random yang diambil mendapati semuanya adalah positif jangkitan influenza A(H1N1). Pelajar yang terlibat dikuarantin di salah sebuah blok penginapan sekolah mulai 21 Julai 2009. Tiada kes baru dikesan di kalangan pelajar lain.
4. Satu (1) kes daripada kluster di Nilam Nursing School Bachang, Melaka yang mempunyai 326 pelatih jururawat dan 20 kakitangan. Seramai 27 orang didapati menunjukkan gejala ILI. Daripada 2 sampel yang diambil, 1 positif dengan jangkitan influenza A(H1N1). Kes-kes berkenaan di isolasi di asrama kolej.

Kesemua 4 fasiliti yang dimaksudkan telah diarahkan ditutup serta-merta mulai 23 Julai 2009 selama 7 hari untuk membendung penularan di institusi berkenaan.

Daripada 4 kes tempatan yang lain yang sporadic atau terpencil, 1 daripada kes tersebut melibatkan kematian yang berlaku pada 21 Julai 2009. Maklumat kes tersebut adalah seperti berikut.

Kes kematian adalah seorang lelaki berusia 30 tahun, warga Indonesia, pelajar tahun pertama di International Center for Education in Islamic Finance, Kuala Lumpur. Daripada maklumat yang diperolehi kes telah bercuti ke Indonesia dan kembali ke Malaysia pada 5 Julai 2009 dan dilaporkan mula mengalami demam dan batuk sejak kembali bercuti tetapi simptom adalah ringan. Pada 20 Julai 2009 mula demam panas, batuk serta letih, dan pada 21 Julai 2009 telah pergi mendapatkan rawatan di sebuah Pusat Perubatan Swasta di Kg. Baru, Kuala Lumpur. Selepas menjalani pemeriksaan dan semasa menunggu mengambil ubat, kes tiba-tiba jatuh pengsan. Kes telah diberi bantuan kecemasan di Pusat Perubatan berkenaan, tetapi tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada 11.50 pagi. Pusat Perubatan berkenaan merekodkan penyebab kematian sebagai `cardiac arrest due to ventricular fibrillation’.

Pemeriksaan post-mortem telah dijalankan di Hospital Kuala Lumpur pada hari yang sama. Hasil bedah siasat mendapati, kes mempunyai badan yang gemuk, terdapat tanda-tanda pneumonia pada paru-paru dan kelainan pada tisu jantung serta cairan `pus-like material’ pada bahagian bawah salur pernafasan. Sebanyak 20 pelbagai jenis spesimen telah diambil untuk ujian virologi, bakteriologi, histopatologi, biokimia dan toksikologi. Ujian virologi dan bakteriologi mendapati spesimen daripada tisu paru-paru dan salurannya adalah positif untuk virus influenza A(H1N1).


Ujian Influenza A(H5N1), denggi dan leptospira adalah didapati negatif. Ujian sel darah mendapati kadar ‘leucocytosis’. Spesimen ujian histologi, biokimia dan toksikologi masih menunggu keputusan.


Oleh sebab keputusan-keputusan ujian bedah siasat belum diketahui sepenuhnya, penyebab kematian untuk kes ini belum dapat dimuktamadkan. Faktor kegemukan, tempoh sakit yang berlanjutan perlu diambil kira dalam perkara ini.
Walau bagaimanapun langkah-langkah pencegahan dan kawalan untuk risiko jangkitan influenza A(H1N1) daripada kes ini telah diambil serta-merta yang seperti berikut;


a) Seramai 25 orang kakitangan Pusat Perubatan Swasta yang mengendalikan kes ini telah diarahkan untuk `self-quarantine’ selama 7 hari dengan profilaksis anti-viral.


b) 7 orang rakan sebilik dan rakan `study group’ telah dikenal pasti dan didapati hanya seorang bersimptom dan telah mendapat rawatan simptomatik. Rakan-rakan lain telah diminta menjaga kesihatan untuk tanda-tanda awal jangkitan influenza A(H1N1).


c) Pemeriksaan kesihatan dilakukan pada 23 Julai 2009 di kolej International Center for Education in Islamic Finance, Kuala Lumpur untuk kes-kes ILI termasuk option untuk penutupan jika terdapat kejadian ILI.

Merujuk kepada situasi global, sehingga 23 Julai 2009, sejumlah 145,041 kes dengan 816 kematian telah dilaporkan daripada 158 negara. Peningkatan sebanyak 1,315 kes dengan 4 kematian.

Nasihat kepada orang ramai:

Kementerian Kesihatan akan terus memantau kejadian kes yang dimasukkan ke hospital dan juga kejadian kluster ILI dan orang awam termasuk institusi pendidikan dan tempat kerja untuk memberi kerjasama dengan melaporkan kejadian kes-kes yang bersimptom selesema, batuk atau sakit tekak yang juga dikenali sebagai `ILI’ (Influenza Like Illness). Mereka yang mendapat simptom yang teruk atau berkomplikasi perlu segera mendapatkan rawatan di hospital yang berdekatan untuk rawatan. Bagi memperlahankan penularan wabak ini, kerjasama orang ramai amatlah diperlukan untuk melaksanakan langkah-langkah berikut:

1. Orang ramai diminta untuk terus dan sentiasa mengamalkan kebersihan diri terutamanya membasuh tangan secara rutin dan etika batuk. Mereka juga perlu mengamalkan social distancing (menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain serta mengurangkan majlis perjumpaan).
2. Mereka yang mempunyai tanda-tanda penyakit dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan daripada klinik-klinik yang berdekatan. Kes-kes yang bergejala ringan boleh berehat di rumah dengan sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran di tahap yang optimum. Mereka juga dinasihatkan memakai mask dan jika gejala bertambah teruk untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah telah di muat naik ke laman web Kementerian Kesihatan sebagai rujukan orang awam.
3. Kejadian-kejadian jangkitan influenza-like illness (ILI) atau jumlah ketidakhadiran (absenteeism) di sekolah atau di tempat kerja yang luar biasa, hendaklah dilaporkan ke Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk siasatan lanjut.

Bagi mengetahui situasi dan perkembangan semasa pandemik H1N1, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat yang terkini dan tepat dari Kementerian Kesihatan melalui laman web Kementerian Kesihatan iaitu http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my. Talian Hotline influenza A(H1N1) Kementerian Kesihatan iaitu 03-88810200, 03-88810300, 03-88834414 dan 03-88834415 terus beroperasi antara 8.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari. Kementerian Kesihatan yakin dengan kerjasama dan penglibatan semua pihak, penularan influenza A(H1N1) di Malaysia dapat dibendung dengan sebaik mungkin untuk kesejahteraan semua.

Sekian dan terima kasih.


DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
Menteri Kesihatan Malaysia


Tarikh: 23 Julai 2009

Wednesday, July 22, 2009

PPSMI diganti oleh MBMMBI

Cuba lihat karangan murid di bawah:
Sumber: http://ohtidak.com/oh-lagi-karangan-budak-sekolah/

Kalau begini caranya, eloklah tu PPSMI diganti dengan MBMMBI (Memartabatkan/Memperkasakan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris).

Sebelum ni fokus kita mungkin kepada BI sedangkan BM yang sepatutnya menjadi bahasa komunikasi di negara kita sendiri, masih ada terkial-kial dalam menggunakannya. Kalau dilihat di TV, masih ada juga menteri yang gagal berbahasa dengan betul menggunakan Bahasa Melayu.