Social Icons

Saturday, July 18, 2009

Neck Exercises - Senaman Leher

Terima daripada email. Untuk dikongsi bersama:

Sangat membantu. Sila klik pada gambar. Apabila membaca nanti, hanya gerakkan kepala dan leher anda. Bukan badan anda. Lakukan sekurang-kurangnya tiga kali sehari.

Buat Baik dan Buat Jahat

"Sesiapa berbuat baik, maka kembali kebaikannya itu kepada dirinya dan siapa berbuat jahat, maka kembali kejahatannya itu kepada dirinya."

(Al Quran - surah Al-Israk, ayat 7)

Wednesday, July 15, 2009

Michael Jackson - Give Thanks To Allah

Diterima melalui email. Ini dikatakan lagu MJ selepas memeluk Islam. Lagu ini masih dalam draf studio. Lagu ini dijangka dinyanyikan oleh MJ (Mikael Abdullah Jackson)dalam Final Comeback Concert yang dirancang diadakan di London pada Julai nanti... namun Allah lebih menyayanginya. Moga rohnya dicucuri rahmat Allah s.w.t.


Thursday, July 9, 2009

Google akan lancarkan Sistem Operasi Komputer yang murah dan mudah

Google Incorporation telah mengumumkan akan melancarkan sistem operasi untuk komputer peribadi sebagai persaingan langsung terhadap dominasi platform Sistem Operasi Windows oleh Microsoft Corporation.

Sistem yang dinamakan Google Chrome Operating System dijangka akan mula dipasarkan menjelang pertengahan tahun 2010. Sistem ini menggunakan base Linux.



Google akan bekerjasama dengan beberapa syarikat pengeluar komputer dunia untuk merealisasikan tujuan ini. Sokongan daripada pengeluar komputer amat perlu bagi menjayakan rancangan ini.

Sebelum ini pihak Google pernah melancarkan perisian pelayar web Google Chrome pada 2008 sebagai pesaing kepada perisian pelayar Internet Explorer, tetapi gagal memberikan impak besar.

Jika sistem operasi ini berjaya, maka ia akan menjadi alternatif yang baik kepada pengguna sistem komputer di dunia terutama dari segi penjimatan kos berbanding menggunakan Sistem Operasi Windows dan Machintosh.

Sumber: Aljazeera.net

Influenza H1N1 - Langkah Pencegahan

Poster oleh Kementerian Kesihatan Malaysia berikut boleh menjadi panduan kepada kita dalam mencegah penyebaran dan terkena jangkitan virus H1N1 (Influenza A).

Tuesday, July 7, 2009

Cantiknya!!!

Jarang sekali dapat melihat awan ketika musim panas di Madinah.
Sesekali dapat bertemu awan yang muncul, tambahan pula disimbahi pancaran mentari yang baru memancarkan sinarnya, terhasillah suatu pemandangan yang sungguh indah dipandang.



Gambar diambil dari Perkarangan Masjid Nabawi, Madinah.