Tuesday, October 13, 2009
Moga dijauhi daripada sifat-sifat ini
Sumber Imej: http://www.fajarilmubaru.com.my/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=27
Boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai buku karangan Dr. Muhammad Yusuf' Abdu di
http://www.fajarilmubaru.com.my/
“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).
“Bacalah al-Quran dan mintalah daripada Allah (pahala), kerana selepas kamu akan ada kaum yang membaca al-Quran dan meminta (upah) daripada manusia” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).
“..Seseorang kamu akan merasa lekeh solatnya dibandingkan solat mereka, merasa lekeh puasanya dibandingkan puasa mereka. Mereka membaca al-Quran, namun al-Quran itu tidak melebih halkum mereka. Mereka tersasar keluar dari agama seperti anak panah tersasar dari sasarannya..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dipetik daripada rencana bertajuk: Nampak Kuat Agama Tapi Masuk Neraka
Oleh Oleh: Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Bacaan lanjut pada link berikut: http://drmaza.com/home/?p=752
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment