Social Icons

Friday, February 27, 2009

Titian Perjalanan



Siulan kedamaian
Nanti kepulangan
Saat di tunggu hampir lumpuh
Tenang ku rindukan
Bayangan semalam

Sedetik kita bertemu
Dalam impianku
Tak pernah luput gambaranmu
Bina cinta satu
Ke mari sayangku

Perjalanan dititian
Masa kita perlukan
Perjalanan masa kita

Seminit kita berlagu
Ada lagi waktu
Dalam ingatan tulus insan
Kita mahkluk Tuhan

Perjalanan dititian
Masa kita perlukan
Perjalanan masa kita

Zaman berzaman teguh ikatan
Sempurna insan
Itu harapan padamu
Ku harapkan

Zaman berzaman tinggal harapan
Sempurna kasih
Kita dendangkan berlagu
Aku dendangkan
Kita dijadikan

Tuesday, February 24, 2009

Anda hanya berilusi!!!



Anda tentunya berilusi jika mengatakan bahawa gambar di atas ialah gambar sebuah jambatan. Ia sebenarnya gambar sekumpulan...



Anda hanya berilusi jika menyatakan bahawa lori ini membawa sebuah botol besar dan melebihi had muatannya...



Anda ahanya berilusi jika mengatakan bahawa ada penghadang di antara ruangan berkenaan...



Anda tentu masih berilusi jika mengatakan di atas ialah gambar dua orang warga emas sedang bertentangan mata...



dan anda pastinya betul2 berilusi jika menyatakan bahawa kelihatan seperti roda bergerak dalam gambar di atas.

Selamat berilusi. Banyak lagi gambar2 sedemikian di http://www.photobucket.com.

Sunday, February 22, 2009

Siapa kita?

"Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang menimbulkan prasangka, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya". - Saidina Umar R.A.

"Seandainya kita tidak menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging".




"Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya, tetapi hati orang yang bijaksana itu ada di hatinya".

Wednesday, February 18, 2009

Terdetikkah di hati anda?... Kejamnya!

Mendengar seorang wanita dibunuh menggunakan bom C4 hinggakan tubuh badannya berkecai,
terdetik di hati kita betapa kejamnya mereka yang melakukannya.

Mendengar seorang bayi dibuang dari tingkat tinggi sebuah bangunan,terdetik di hati kita, kejamnya si ibu yang membuangnya (walaupun ianya hasil hubungan yang tidak sah).

Mendengar sang ibu dan dua orang anaknya ditikam dan dibunuh ketika disamun, kita menyatakan oh.. kejamnya!...

Tetapi terdetikkah di hati kita apabila mendengarkan pembunuhan kejam di Gaza?... Jika kita masih mempunyaisifat kemanusiaan, maka pasti kita lebih merasai betapa kejamnya si durjana yang sanggup melakukannya di Gaza. Bukan hanya yang dewasa, malahan si anak kecil dan warga emas mereka dibunuh dengan sesuka sahaja...

Teruskan perjuangan kita dari sini. Perjuangan paling kecil adalah dengan memboikot produk yahudi si zalim itu...


Lihatlah bagaimana mereka telah menggunakan fosforus putih untuk menjayakan tindakan rakus yang kejam lagi zalim dalam serangan ke sebuah sekolah di Gaza. Beringatlah!. Hari Pembalasan pasti tiba!.










































Monday, February 9, 2009

Suci Sekeping Hati



Sekeping Hati Dibawa Berlari
Jauh Melalui Jalan Yang Sepi
Jalan Kebenaran Indah Terbentang
Didepan Matamu Para Pejuang

Tapi Jalan Kebenaran
Tak Akan Selamanya Sunyi
Ada Ujian Yang Datang Melanda
Ada Perangkap Manunggu Mangsa

Akan Kuatkah Kaki Yang Melangkah
Bila Disapa Duri Yang Menanti
Akan Kaburkah Mata Yang Meratap
Pada Debu Yang Pastikan Hinggap

Mengharap Senang Dalam Berjuang
Bagai Merindu Rembulan Ditengah Siang
Jalannya Tak Seindah Sentuhan Mata
Pangkalnya Jauh, Hujungnya Belum Tiba

Wednesday, February 4, 2009

Pilihanraya di Malaysia - Sudah Tiada Nilainya Lagi




Daripada Mkini:
http://www.malaysiakini.com/news/97130


http://www.malaysiakini.com/news/97594


http://www.malaysiakini.com/news/97568

Link berita-berita di atas sekadar beberapa contoh menunjukkan betapa undi kita sebagai rakyat tidak lagi ada nilainya. Pembentukan kerajaan negeri dan mungkin di masa akan datang, pembentukan kerajaan persekutuan pula akan ditentukan oleh apa yang wakil rakyat yang telah kita pilih tentukan pilihan selepas mereka menang.

Mereka boleh istihar keluar parti, mereka boleh istihar jadi wakil bebas, mereka boleh pindah (err.. lompat parti), mereka boleh keluar masuk parti ikut suka hati, mereka yang menentukan siapa kerajaan seterusnya selepas selesai pilihanraya. Jika sekumpulan wakil rakyat berbuat demikian, maka akan bertukar kerajaan negeri mahupun persekutuan.

Mengambil kira kerajaan negeri Perak sebagai contoh, sebenarnya rakyat dalam dilema atau mungkin juga keliru dengan wakil yang mewakili kawasan mereka.


Sebenarnya, menjadi wakil rakyat bukanlah mudah jika mengikut amalan sepatutnya. Menjadi wakil rakyat bermakna menjaga dan membela (mengutamakan) rakyat yang mereka wakili). Ertinya kena berkorban dan menyumbang kepada rakyat setempat yang diwakili mereka dan bertanggungjawab kepada negeri dan negara secara keseluruhannya. Tapi ramai berebut-rebut nak jadi wakil rakyat walaupun berat beban yang akan ditanggung oleh seorang wakil rakyat yang ikhlas. Hebat, Malaysia punyai ramai wakil rakyat yang bersedia memikul bebanan berkenaan kan... Moga kepada yang tidak mengejar imbuhan di dunia, akan mendapat imbuhan setimpal di akhirat kelak. Kepada yang telah mendapat imbuhan di dunia, moga juga mendapat imbuhan betul-betul setimpal di akhirat kelak.


Apa-apa pun, kembali kepada situasi kerajaan negeri Perak, jika DUN dibubarkan dan piliihanraya DUN diadakan, bayangkan berapa banyak $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$.... dan $$$$$$$$$... dan..$$$$$$$$ diperlukan.. dibelanjakan.. ditaburkan... diagihkan.. diperuntukkan dan segala kan... lagi. Suka ataupun tidak, itulah hakikatnya, walaupun $$$$$ amat bernilai di zaman kegawatan ini. Jikapun pilihanraya tidak diadakan, adakah stabil kerajaan yang sedemikian? Bagaimana jika peristiwa kembali ke parti asal berlaku seperti yang dilakukan oleh ADUN Bota?... Adakah kerajaan akan bertukar lagi...????? Adakah kita mahu seperti Thai, yang kejap-kejap bertukar kerajaan (PM).

Lu fikirlah sendiri... Atau mari kita pakat-pakat fikir dan tunjukkan undi kita sebenarnya masih ada nilainya... Jangan dipermainkan sewenangnya. JANGAN!!!!