Salam Maal Hijrah 1430 buat semua yang beragama Islam.
Begitu pantas masa berlalu. Moga kita semua masih dan sentiasa di landasan yang betul.
Jika terbabas, bersama kita tegur menegur untuk kembali ke pangkal jalan.
Didoakan agar semuanya senantiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki dan rahmat oleh Allah s.w.t.
Amin.
Monday, December 29, 2008
Thursday, December 25, 2008
1234 - Aris Ariwatan
Satu... kasih yang abadi
Tiada tandingi Dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
( korus )
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan
Tuesday, December 9, 2008
Petua Sakinah
ASSALAMUALAIKUM,
Subject: Petua untuk murah rezeki dan dijauhkan kesulitan
Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah
didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"
Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.
Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.
Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.
Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.
Sebar-sebarkan kepada rakan-rakan dan saudara yang anda kenali.
Labels:
Islam - Way Of Life,
Renungan,
Teladan Hidup
Sunday, December 7, 2008
Friday, December 5, 2008
Thursday, December 4, 2008
Moga Kejayaan Sentiasa Mendampingi Kita
Baca, hayati dan amalkan kata-kata motivasi berikut. Moga kejayaan sentiasa mendampingi kita.
Saya sentiasa memikirkan tentang kejayaan kerana itu saya berjaya dalam hidup. Saya berfikiran positif, kerana itu saya positif dan kejayaan sentiasa menjadi milik saya. Saya bergaul dengan orang-orang positif kerana itu saya sentiasa erfikiran positif. Kawan-kawan saya sentiasa memberikan motivasi dan dorongan positif kepada saya.
Saya mempunyai matlamat hidup dan saya percaya boleh mencapainya. Matlamat saya tetap dan tepat kerana itu saya boleh mencapainya. Saya mempunyai kesungguhan yang luarbiasa kerana itu saya boleh mencapai matlamat saya. Setiap hari saya mengambarkan matlamat saya dan mengambarkannya telah tercapai. Saya menyintai matlamat saya sepenuh hati. Matlamat saya adalah milik saya. Saya mempunyai idea-idea yang baik untuk matlamat saya. Saya sentiasa berusaha mencapai matlamat saya.
Saya mempunyai minat yang mendalam kerana itu saya sentiasa bersungguh-sungguh. Setiap hari saya semakin pandai dan berpengetahuan. Saya sentiasa mempunyai masa untuk menambahkan pengetahuan. Semakin saya berpengetahuan, semakin saya dahagakan pengetahuan.
Saya bertindak segera. Saya bersedia mengambil risiko. Saya mempunyai imej kejayaan. Saya berpakaian seperti orang berjaya.
Saya jujur, amanah dan boleh dipercayai.
Setiap hari saya semakin berjaya. Kejayaan sentiasa mendampingi saya. InsyaAllah kejayaan cemerlang akan menjadi milik saya.

Subscribe to:
Posts (Atom)