Social Icons

Saturday, May 22, 2010

Interactive Google Logo???


Buat pertama kalinya, logo enjin carian paling popular, Google bukan lagi dalam bentuk imej statik atau imej beranimasi, tapi muncul dalam bentuk interaktif.


Mula lihat logo google, ingatkan google kena hack. Rupanya logo sempena ulangtahun Permainan Video (Video Games).

Bagaimana nak jadikannya interaktif?. Klik link berikut: https://www.google.com/doodles/30th-anniversary-of-pac-man .Klik pada butang "insert coin" atau tekan kekunci Enter dan anda boleh mengimbas kenangan lama bermain permainan klasik Pac Man. Klik butang 'speaker' untuk mengaktifkan audio.

Sila ke laman web enjin carian popular http://www.google.com untuk bermain permainan klasik terkenal ini. Selamat mencuba!.

Saturday, May 15, 2010

Bank Emosi

Ceramah Motivasi oleh Ustaz Zamri dalam Radio IKIM.

Intipatinya adalah mengenai komunikasi sesama manusia.

Ustaz Zamri mencadangkan kita menyimpan deposit di Bank Emosi orang yang berhubungan dengan kita.
Caranya dengan melakukan/berbicara sesuatu yang baik pada orang yang kita berhubungan dengannya. Maka pada Bank Emosinya akan didepositkan kebaikan/pandangan baik terhadap kita.

Sebaliknya, perlu dijauhi pengeluaran daripada Bank Emosi rakan atau orang yang kita berkomunikasi dengannya. Pengeluaran deposit ini boleh berlaku apabila kita melakukan/membincangan sesuatu yang menyebabkan rakan atau orang yang kita berkomunikasi dengannya mempunyai pandangan buruk/tidak baik terhadap kita.

Analogi yang baik untuk kita aplikasikan.